Tarikh : 24 April 2021

Masa : 9.00 pagi - 10.30 pagi 

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Prinsip Tambah dan Perpuluhan di dalam subjek Matematik antara topik yang perlu diberikan perhatian oleh pelajar. Hal ini demikian kerana topik ini adalah antara salah satu topik permulaan bagi menyelesaikan sesuatu operasi dalam pengiraan matematik. 

Aktiviti

Pengajar akan memberikan kepada setiap pelajar softcopy nota dan latihan untuk memudahakan pelajar gunakan sebagai rujukan. Pengajar akan bertanya soalan dan memulakan sesi soal jawab setelah mereka menyelesaikan latihan yang diberikan. Pada akhir pembelajaran, pelajar akan membuka laman sesawang sebenarnya.my untuk mengetahui isu semasa yang tepat.

Galeri Foto

Tarikh : 18 April 2021

Masa : 2.15 petang - 3.15 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Progam E-Tuisyen ini adalah salah satu inisiatif yang dilakukan bagi membantu para pelajar mengulangkaji pelajaran sepanjang tempoh pandemik ini. Program ini diadakan pada setiap hujung minggu bagi memberi peluang kepada para pelajar mengisi masa cuti mereka dengan perkara yang bermanfaat.

Aktiviti

Sepanjang kelas ini diadakan, pelajar diberi penerangan oleh tenaga pengajar yang mengajar tentang topik yang dibincang. Pengajar akan menanyakan soalan yang berkaitan kepada para pelajar dan memberi peluang kepada para pelajar untuk menjawab pertanyaan tersebut. 

Galeri Foto

Tarikh : 16 April 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Bahasa Mandarin adalah bahasa yang digunakan oleh bangsa cina di Malaysia dalam kehidupan mereka. Malahan, bahasa ini kian menjadi pilihan oleh pelajar pada masa kini untuk mempelajarinya. 

Aktiviti

Aktiviti yang dilaksankan adalah pelajar diminta untuk mencari artikel ringkas dalam bahasa mandarin yang bersesuaian. Seterusnya, mereka diminta untuk diminta untuk menyebut mengunakan rujukan di Youtube. Akhirnya, mereka diminta untuk membuka laman web Klik dengan Bijak. 

Galeri Foto

Tarikh : 17 April 2021

Masa : 12.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Belia

 

Tujuan

Program ini dilaksanakan oleh jawantakuasa belia di Felda Soeharto bagi menjayakan program saringan vaksin Covid19 pada masa terdekat. Program ini dilakukan untuk mengajak para belia di sekitar felda soeharto menghulurkan bantuan untuk menjadi sukarelawan bagi menjayakan program akan datang. 

Aktiviti

Para sukarelawan diminta untuk mendaftarkan diri di laman sesawang yang telah disediakan. Selepas itu, mereka diminta untuk mengisi borang yang telah disediakan bagi melengkapkan maklumat diri mereka. Selepas sesi pengisian maklumat selesai, taklimat berkaitan program secara ringkas diberikan oleh jawatankuasa belia. 

Galeri Foto

Tarikh : 10 April 2021

Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Zoom Meeting

Peserta : Usahawan

 

Tujuan

Semenjak berlakunya penularan pandemik Covid19, para peniaga lebih tertumpu pada perniagaan secara talian. Mereka lebih gemar untuk memilih platform penjualan secara talian kerana lebih memudahkan para pelanggan membeli berangan mereka sepanjang pandemik ini. 

Aktiviti

Pengajar akan menunjuk langkah pertama yang perlu dilaksanakan sebelum memulakan sesuatu perniagan. Pengajar menerangkan kepada para usahawan supaya tahu mengenai target pasaran mereka. Pengajar menasihatkan untuk sentiasa bijak dalam memilih target pasaran mereka untuk mendapatkan keuntungan yang lumayan. 

Galeri Foto