Tarikh : 10 March 2021

Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam (Penduduk setempat)

 

Tujuan

Kebanyakkan penduduk kampung kurang dalam penggunaan Microsoft work. Justeru, program ini dilaksanakn bertujuan untuk masyarakat kampung mempelajari atau mengetahui cara penggunaan microsoft office. Program ini dilaksanakan selama sejam setengah untuk mereka mempelajarinya. 

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah pelajar diminta untuk membuat satu dokumen yang mengandungi jadual tugasan,senarai tugasan dan gambar. Mereka diajar untuk membuat jadual dan cara memasukkan gambar ke dalam dokumen tersebut.

Galeri Foto

Tarikh : 08 March 2021

Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam (Pelajar Sekolah)

 

Tujuan

Mengulangkaji pelajaran amatlah penting bagi seorang pelajar untuk mengingati setiap perkara yang dipelajari. Justeru, program ini membantu pelajar dalam memahami dan mengasah penggunaan Bahasa Arab mereka untuk menduduki peperiksaan. Program ini dibimbingi oleh guru bahasa mereka sendiri sepanjang program ini dilaksanakan.

Aktiviti

Sepanjang program ini dilaksanakan, pelajar diminta untuk menyelesaikan latihan yang diberikan secara online. Latihan hendaklah disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Pelajar juga diminta untuk menterjemahkan setiap soalan serta jawapan yang diberikan dengan mencari maksud tersebut mengunakan kamus Bahasa Arab. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 03 March 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam (Pelajar Sekolah)

 

Tujuan

Program ini bertujuan untuk menarik minat pelajar mempelajari Bahasa Inggeris. Program ini dikhususkan untuk pelajar sekolah.

Aktiviti

Pelajar perlu membuat latihan yang telah diberikan secara online.

Galeri Foto

Tarikh : 05 March 2021

Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam (Pelajar Sekolah)

 

Tujuan

Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menarik minat pelajar sekolah mengujungi Pusat Internet Komuniti Felda Soeharto. Justeru, program ini amatlah mengalakkan pelajar sekolah untuk menyertainya. Di samping itu, program ini juga dapat membantu pelajar sentiasa peka dan prihatin dengan isu semasa yang berlaku di negara kita dengan cara mereka melayari laman sesawang sebenarnya.my. 

Aktiviti

Pelajar dikehendaki melakukan dan melengkapkan permainan yang diberikan. Selepas itu, mereka diminta untuk melayari laman sesawang sebenarnya.my dan diminta untuk membaca artikel yang dikeluarkan di laman tersebut.

Galeri Foto

Tarikh : 25 Februari 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam (Dewasa)

 

Tujuan

SPR adalah suruhanjaya pilihan raya. Semua golongan perlu mendaftar SPR ini. Kebanyakan mereka tidak tahu mengisi atau mendaftar SPR ini. Mereka perlu mendaftar sebagai pemilih untuk menjamin hak mereka mengundi di dalam sesuatu pilihan raya dan menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara. 

Aktiviti

Pendaftar perlu membuka laman web SPR untuk membuat pendaftaran. ini adalah laman web SPR https://pengundi.spr.gov.my/

Galeri Foto