Tarikh : 17 April 2021

Masa : 12.00 pagi - 1.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Belia

 

Tujuan

Program ini dilaksanakan oleh jawantakuasa belia di Felda Soeharto bagi menjayakan program saringan vaksin Covid19 pada masa terdekat. Program ini dilakukan untuk mengajak para belia di sekitar felda soeharto menghulurkan bantuan untuk menjadi sukarelawan bagi menjayakan program akan datang. 

Aktiviti

Para sukarelawan diminta untuk mendaftarkan diri di laman sesawang yang telah disediakan. Selepas itu, mereka diminta untuk mengisi borang yang telah disediakan bagi melengkapkan maklumat diri mereka. Selepas sesi pengisian maklumat selesai, taklimat berkaitan program secara ringkas diberikan oleh jawatankuasa belia. 

Galeri Foto