Tarikh : 11 April 2021

Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Bahasa Arab adalah salah satu bahasa yang semakin mendapat perhatian pelajar untuk mempelajarinya. Mereka semakin tertarik untuk belajar bahasa ini dan menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa kedua dalam kehidupan. Disamping itu, mengulangkaji pelajaran ini amatlah perlu untuk membiasakan diri pelajar dengan penggunaan bahasa tersebut.

Aktiviti

Pembelajaran ini dijalankan melibatkan pelajar sekolah tingkatan 3. Mereka diminta untuk membaca artikel yang dipaparkan di skrin. Selepas itu, jika mereka tidak memahaminya atau tidak tahu cara sebutan sebenar perkataan tersebut, mereka boleh mencari di kamus google dan mendengar audio yang disediakan. Akhir pembelajaran ini, mereka diminta untuk membuka laman sesawang sebenarnya.my bagi mengikuti isu terkini.

Galeri Foto

Tarikh : 09 April 2021

Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Permainan yang mencabar minda pelajar dapat membantu dalam melatih mereka untuk berfikir secara proaktif dan kreatif. Justeru, English Crossword Puzzle diadakan bagi pelajar tingkatan 1 untuk melatih minda mereka. Pembelajaran ini dilaksanakan bagi mengurangkan rasa kebosanan mereka sewaktu pembelajaran.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah pelajar akan diminta melayari laman sesawang yang berkaitan dan menyelesaikan puzzle tersebut. Sekiranya terdapat perkataan yang mereka tidak fahami, mereka diminta untuk mencari sendiri makna perkataan tersebut. Tambahan pula, perkataan tersebut boleh disalin semula untuk dijadikan rujukan jika diperlukan

Galeri Foto

Tarikh : 04 April 2021

Masa : 9.00 pagi - 12.00 petang 

Tempat : Zoom meeting

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Video pengiklanan yang menarik dapat menarik minat seseorang untuk melihat atau menonton video tersebut. Justeru, kelas ini diadakan bagi melatih pelajar untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara atau kaedah yang sesuai digunakan untuk penyuntingan video. 

Aktiviti

Pengajar memberikan ringkasan alatan yang bersesuaian digunakan untuk merakam seperti jenis kamera, jenis iso dan juga bilangan mikrofon yang perlu digunakan. Seterusnya, pengajar akan menunjukkan beberapa aplikasi yang sesuai untuk menyunting video yang dirakam sebelum menunjukkan beberapa contoh cara penyuntingan video.

Galeri Foto

Tarikh : 06 April 2021

Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Tatabahasa ialah pengetahuan atau pelajaran tentang pembentukkan perkataan dan proses pembnaan ayat dalam sesuatu penyusunan ayat. Justeru, program ini adalah bertujuan untuk memberi kepahaman kepada para pelajar mengenai penggunaan tatabahasa. Dengan adanya program ini, para pelajar akan lebih memahami penggunaan tatabahasa dalam pembelajaran mereka. 

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah para pelajar diminta untuk membuka satu laman sesawang yang bersesuaian dengan pembelajaran mereka. Mereka diminta menyelesaikan teka teki yang disediakan dan memahami setiap penggunaan tatabahasa yang tertera pada paparan skrin.

Galeri Foto

Tarikh : 30 March 2021

Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang 

Tempat : Zoom meeting

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Jenayah siber semakin berleluasa terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini amatlah membimbang dan semakin mendapat perhatian daripada pelbagai pihak. Tambahan pula, pada zaman yang serba canggih ini penyalahgunaan teknologi amatlah berbahaya untuk golongan muda dan semestinya peranan ibu bapa amatlah penting dalam memastikan anak- anak mereka tidak terlibat dengan jenayah siber.

Aktiviti

Penceramah akan menerangkan sedikit sebanyak tentang bahayanya penggunaan teknologi iaitu telefon bimbit tanpa pengawasan penjaga dalam kalangan kanak-kanak. Penceramah juga berkongsi pendapatan mereka berkaitan permasalahan ini dan cara yang sesuai bagi menanganinya daripada berleluasa.

Galeri Foto