Tarikh : 06 Jun 2021

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Reading Comprehension merupakan topik yang diajar untuk membantu para pelajar memahami dengan lebih jelas sebelum menggunakan sesuatu perkatan di dalam ayat atau esei yang menggunakan Bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana penggunan perkataan mengikut keadaan tertentu di dalam bahasa Inggeris perlu menggunakan imbuhan atau perkataan yang berlainan. 

Aktiviti

Pengajar akan memberikan latihan atau soalan kepada pelajar untuk dibincang sepanjang sesi pembelajaran. Pengajar akan membuat perbincangan bersama pelajar sepanjang kelas untuk mencari jawapan yang tepat untuk setiap soalan yang diberikan.

Galeri Foto

Tarikh : 05 Jun 2021

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Manusia mempunyai pelbagai sistem dalam di dalam badan dan salah satunya adalah sistem pencernaan. Terdapat beberapa organ yang terlibat dalam proses ini antaranya ialah mulut, pankreas, usus kecil dan usus besar. 

Aktiviti

Pengajar akan menunjukkan illustrasi yang bersesuian dan mudah difahami oleh pelajar sepanjang pembelajaran. Pengajar akan menjelaskan proses ini berlaku di dalam badan dan kesan yang terjadi setelah proses itu selesai.

Galeri Foto

Tarikh : 05 Jun 2021

Masa :9.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Pecahan Nombor Bercampur merupakan campuran nombor bulat dengan nombor pecahan. Formula ini dicipta bagi menukarkan nombor perpuluhan kepada satu nilai yang tidak perlu ditambah atau ditulis dalam bentuk perpuluhan.

Aktiviti

Tenaga pengajar akan mengajar kepada para pelajar mengenai formula yang terlibat dalam pembelajaran ini. Pengajar akan membuka ruang komen untuk para pelajar mengajukan soalan sekiranya tidak memahami sepanjang pembelajaran tersebut. Pada akhir sesi pembelajaran, pengajar akan memberi ruang kepada pelajar untuk memberi soalan sebelum kelas ditamatkan.

Galeri Foto

Tarikh : 05 Jun 2021

Masa :10.30 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Daya merupakan satu tindakan yang mengubah sesuatu objek dalam keadaan pegun atau tindakan untuk mengerakkan sesuatau objek. Daya diaplikasikan dalam sesuatu pekerjaan contohnya menendang bola yang tidak bergerak ke dalam gol. Elektrik pula merupakan satu tenaga yang digunakan dalam litar suis untuk menghidupkan sesuatu mesin contohnya lampu.

Aktiviti

Kelas ini merupakan kelas gabungan tahun 5 dan tahun 6. Justeru, pada setengah jam pertama pengajar akan mengajar tajuk Elektrik kepada pelajar tahun 6. Pada setengah jam yang kemudian, cikgu beralih kepada topik Daya untuk mengajar tahun 5. Pengajar akan menerangkan kedua-dua topik tersebut dan memberikan soalan pada pengakhiran pembelajaran.

Galeri Foto

Tarikh : 29 Mei 2021

Masa : 3.30 petang - 4.30 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Koordinat adalah salah satu cara mudah bagi menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat. Koordinat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lajur dan baris. Lajur merujuk kepada garisan menegak di dalam peta manakala baris merujuk kepada garisan mendatar di dalam peta.

Aktiviti

Pengajar akan membincangkan definisi koordinat kepada pelajar. Pengajar akan menunjuk satu gambar yang berkaitan dan menerangkan mengenai lajur dan baris. Sebelum kelas berakhir, pengajar akan memanggil beberapa pelajar dan mengajukan soalan untuk melihat kefahaman pelajar. 

Galeri Foto