Tarikh : 20 March 2021

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari 

Tempat : Zoom meeting

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Pada era ini, permainan di atas talian atau lebih dikenali Mobile Games lebih digemari oleh masyarakat tidak kira peringkat umur. Mobile Games bukan saja untuk keseronokan tetapi juga boleh menambah ilmu serta pendapatan dalam kalangan masyarakat. Justeru, kelas ini dijalankan agar memberi peluang kepada para pengemar Mobile Games untuk mengetahui lebih lanjut cara dalam penghasilan permainan tersebut. 

Aktiviti

Pengajar akan memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan proses dalam penghasilan permainan tersebut. Selepas itu, pengajar akan menunjukkan demo atau cara penghasilan permainan tersebut.

Galeri Foto

Tarikh : 15 March 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Subjek Matematik adalah subjek yang perlu dilakukan latihan secara rutin untuk memahami serta menghafal formula untuk setiap pengiraan yang berbeza. Justeru, program ini dilaksanakan dengan menyediakan kuiz matematik secara online bagi menarik minat mereka untuk sentiasa membuat latihan di rumah. Program ni juga dijalankan khusus untuk pelajar tingkatan 1.

Aktiviti

Pelajar diminta untuk menyelesaikan kuiz online tersebut mengikut masa yang telah ditetapkan dan setelah selesai mereka diminta untuk menyemak serta melihat markah yang diperolehi. Sekiranya markah yang diperolehi kurang memuaskan mereka diminta untuk menyelesaikan kuiz matematik yang lain.

Galeri Foto

Tarikh : 13 March 2021

Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam (Peniaga)

 

Tujuan

Aplikasi Shopee adalah salah satu platfrom yang kian mendapat perhatian para usahawan untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka secara online. Hal ini demikian kerana kebanyakkan pelanggan lebih gemar menggunakan aplikasi ini untuk membeli barangan mereka kerana mudah dan pantas. Justeru, program ini diadakan untuk mengajar para usahawan cara yang betul untuk menggunakan aplikasi shopee dalam perniagaan mereka. 

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini adalah pengajar akan menjelaskan sedikit sebanyak pengenalan tentang aplikasi ini kepada para pelajar. Seterusnya, pengajar akan meminta untuk para pelajar membuka satu akaun shopee sebelum mengiklankan barangan mereka.

Galeri Foto

Tarikh : 14 March 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Program ini dijalankan bagi memberi ruang kepada para pelajar bertuturan dalam bahasa Mandarin antara satu sama lain sebagai latihan untuk mereka memfasihkan lagi penggunaan bahasa mandarin mereka. Selain itu, program e-waste juga djalankan bertujuan untuk mengajar mereka ciri-ciri barang buangan mobile e-waste dan cara pelupusan mobile e-waste yang sepatutnya.

Aktivit

Pelajar diberi ruang untuk bertutur dalam bahasa Mandarin mengunakan dialog yang disediakan. Mereka berlatih berulang kali sehingga mendapat sebutan yang sebetulnya untuk setiap perkataan yang tertera pada dialog yang disediakan. Selain itu pelajar diberikan pendedahan berkaitan dengan mobile e-waste. 

Galeri Foto

Tarikh : 12 March 2021

Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam (Penduduk setempat)

 

Tujuan

Program latihan ini bertujuan untuk mengajar para usahawan dalam mempelajari cara mendapatkan pelanggan untuk membeli barangan mereka. Latihan ini juga dapat membantu para usahawan mengetahui perkara penting dalam menjayakan perniagaan mereka seperti mengajar mereka cara mengiklankan produk mereka. 

Aktiviti

Aktiviti yang dilaksanakan adalah mengajar mereka cara membuka akaun media sosial yang terkini untuk mengiklankan produk mereka. Mereka dikehendaki untuk memilih satu media sosial dan membuka satu akaun. Selepas akaun dibuka, mereka dikehendaki menghantar iklan produk mereka di media sosial tersebut.

Galeri Foto