Tarikh : 24 Februari 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam (Dewasa)

 

Tujuan

Mempelajari cara mengedit gambar produk dengan lebih kemas dan teratur. Pada masa yang sama, mendapat info yang penting mengenai kegunaan Adobe Photoshop CS6.

Aktiviti

Pengajar mengajar bagaimana mahu menggunakan Adobe Photoshop CS6 dengan cara yang betul dan hasilnya memberangsangkan. Ada juga video yang boleh membantu mereka untuk lebih memahami cara penggunaannya.

Galeri Foto

Tarikh : 20 Februari 2021

Masa : 10 pagi - 12.00 tengahhari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam (Dewasa)

 

Tujuan

Fungsi utama dari Adobe Photoshop hanyalah sebagai aplikasi pengedit foto atau gambar yang bertipe raster atau bitmap. Namun sebagai aplikasi pengedit gambar, fungsi Photoshop dapat dijabarkan lebih khusus lagi, iaitu untuk mempercantik gambar dan membuat desain gambar. Kebanyakan yang menggunakan aplikasi ini adalah usahawan-usahawan yang ingin berniaga dan memerlukan gambar yang sesuai untuk produk mereka.

Aktiviti

Pembentangan berkaitan ilmu asas edit photoshop. Pembentangan ini dilakukan oleh usahawan yang sudah lama mengikuti kelas di Pusat Internet dan di minta untuk berkongsi ilmu dengan usahawan lain. Latihan asas juga diberi kepada usahawan pada minggu ini untuk memahirkan teknik edit gambar di Adobe Photoshop.

Galeri Foto

Tarikh : 18 Februari 2021

Masa  : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Bahasa Inggeris adalah satu bahasa yang susah difahami bagi sesetengah orang. Di sekolah, Bahasa Inggeris merupakan bahasa wajib yang perlu di ambil oleh setiap pelajar. Bagi pelajar sekolah menengah, membuat esei adalah satu subtopik yang mereka perlu belajar. Banyak tips dan cara membuat esei yang lengkap dan sesuai dengan tajuknya. 

Aktiviti

Pengajar memberi nota dan latihan untuk membuat esei kepada pelajar. Dalam nota tersebut terdapat tips-tips yang berkaitan dengan esei yang lengkap dan senang untuk difahami oleh pelajar.

Galeri Foto

Tarikh : 19 Februari 2021

Masa  : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Jigsaw Puzzle atau permainan susun suai gambar merupakan sebuah permainan yang sangat bermanfaat . Selain dapat mengisi masa lapang dengan permainan yang berfaedah, permainan susun suai gambar ini juga dapat membantu melatih fungsi otak mereka. Permainan ini membuat pelajar lebih berfikiran terbuka dan kreatif.

Aktiviti

Pelajar diberi tugas untuk menyusun gambar yang telah berterabur menjadi satu gambar yang sempurna. Aktiviti lain, sesi perkongsian kisah penyebaran makluman yang tidak sah dan ketahui laman web yang betul untuk mendapatkan info tepat seperti sebenarnya.my 

 Galeri Foto

Tarikh : 17 Februari 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan
 
Melatih semula kemahiran pelajar sekolah untuk mencari setiap perkataan yang tersembunyi dalam satu longgokan huruf yang berterabur. Word search ini juga melatih minda dan pengetahuan pelajar mencari perkataan dalam bahasa inggeris.
 
Aktiviti
 
Pelajar perlu membuka link word search yang diberikan oleh pengajar dan mencari perkataan yang telah disediakan dalam satu longgokan huruf. Aktiviti lain, sesi perkongsian kisah penyebaran makluman yang tidak sah dan ketahui laman web yang betul untuk mendapatkan info tepat seperti sebenarnya.my