Tarikh : 08 Mei 2021

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Subjek Sains merupakan subjek yang berkaitan dengan sesuatu kejadian yang berlaku disekeliling kita. Pada zaman yang serba canggih kini, pelbagai proses yang berlaku boleh dikaji dengan teliti untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi. Sebagai contoh, sistem rangka manusia adalah antara topik dibincangkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar pada peringkat sekolah rendah..                          

Aktiviti

Tenaga pengajar akan menunjuk contoh bergambar mengenai rangka manusia. Selepas itu,  beliau memberikan sedikit penerangan dan juga akan menerangkan fungsi atau peranan yang berkaitan dengan sistem rangka manusia. Hal ini demikian kerana setiap bahagian rangka manusia mempunyai fungsi dan peranan yang berbeza. 

Galeri Foto

Tarikh : 25 April 2021

Masa : 3.30 petang - 3.15 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Penggunaan Grammar amatlah penting dalam penggunaan ayat untuk Bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana jika Grammar yang digunakan tidak bersesuaian dengan ayat, maksud untuk ayat yang dibina akan berubah maksudnya. Justeru, mempelajari pengguaan Grammar dalam ayat adalah penting bagi mengelakkan kekeliruan.                           

Aktiviti

Pengajar diberi peluang selama sejam untuk mengajar para pelajar untuk topik ini. Pengajar akan memberi contoh ayat yang belum lengkap untuk diselesaikan oleh pelajar. Setiap pelajar diberikan nota untuk dijadikan rujukan.

Galeri Foto

Tarikh : 24 April 2021

Masa : 3.15 petang - 4.15 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Present simple tense adalah tenses yang digunakan ketika suatu kejadian sedang berlangsung pada waktu ini atau kejadian yang berlangsung secara berulang kali atau kebiasaannya. Tenses ini merupakan tenses yang paling sering digunakan dalam Bahasa Inggeris .

Aktiviti

Sesama sesi pembelajaran, pengajar akan membuka sesi soal jawab bagi memudahkan pelajar bertanya serta berinteraksi dengan beliau bagi memudahkan pelajar memahami perkara yang diajar. Pengajar akan memberikan contoh mengikut situasi yang bersesuaian bagi menerangkan penggunaan present simple tense di dalam percakapan mahupun ayat.

Galeri Foto

Tarikh : 25 April 2021

Masa : 2.15 petang - 3.15 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah satu hasil tambah. Oleh kerana bertindak terhadap dua nombor serentak, operasi tambah dinamakan operasi dedua.Terdapat dua cara yang lazim digunakan untuk menjelaskan konsep penambahan iaitu dengan penyatuan set dan pengukuran pada garis nombor.                              

Aktiviti

Sepanjang sejam kelas dijalankan, pengajar akan memberikan sedikt sebanyak pencerahan tentang operasi tambah dengan cara yang mudah difahami. Pengajar juga memberikan latihan sesama pembelajaran dijalan untuk melihat sama ada pelajar faham atau tidak sepanjang kelas dijalankan.

Galeri Foto

Tarikh : 24 April 2021

Masa : 2.15 petang - 3.15 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Pembelajaran merupakan proses menyiasat alam sekitar melalui kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kaedah ini memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif di samping mendapatkan ilmu. Di samping itu, kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang diamalkan semasa menjalankan eksperimen atau penyiasatan. Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. 

Aktiviti

Sepanjang kelas ini, pengajar menerangkan maksud kemahiran saintifik dengan lebih jelas lagi sebelum memasuki topik ini dengan lebih mendalam. Pengajar akan membarikan sesuatu contoh atau situasi yang bersesuaian semasa pembelajaran bagi memudahkan pelajar untuk memahaminya. 

Galeri Foto