Tarikh : 17 Julai 2021

Masa : 3.15 petang - 4.15 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Adjective (Kata Sifat) digunakan untuk memberikan penjelasan atau penerangan mengenai sifat atau bentuk sesuatu benda. Sebagai contoh, kata sifat ini digunakan untuk mengatakan seseorang itu mempunyai tubuh yang tinggi dan kurus. 

Aktiviti

Pengajar akan meminta pelajar untuk membaca potongan ayat yang diberikan dan meminta pelajar untuk memberikan maksud ayat tersebut. Seterusnya, pengajar akan meminta pelahjar untuk mencari kata sifat dalam potongan ayat tersebut. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 17 Julai 2021

Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Tajuk perpuluhan adalah salah satu tajuk yang diajar dalam subjek Matematik untuk pelajar tahun 4. Pada peringkat ini, pelajar diajar bagaimana cara sebutan dan pertambahan nilai dalam bentuk pecahan. 

Aktiviti

Pengajar akan memberikan penerangan mengenai susun atur digit dalam bentuk pecahan. Seterusnya, pengajar akan mengajar pelajar cara menyebut nilai dan menunjukkan operasi tambah nilai dalam bentuk pecahan.

Galeri Foto

 

 

Tarikh : 10 Julai 2021

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Conditional Sentences adalah satu topik yang dipelajari oleh pelajar untuk mereka memahami penggunaan perkataan di dalam suatu ayat untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau suasana. 

Aktiviti

Pengajar akan memberikan beberapa contoh ayat yang mengambarkan suatu keadaan. Pengajar akan meminta pelajar untuk memahami ayat tersebut dan memberikan maksudnya. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 11 Julai 2021

Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Pengurusan data adalah salah satu sistem yang digunakan untuk penyusunan sesuatu data dengan lebih tersusun. Pengurusan data penting bagi memastikan tiada kesilapan berlaku dalam membuat sesuatu pengiraan.

Aktiviti

Pengajar akan menunjukkan beberapa jenis pengurusan data yang boleh digunakan bagi menyusun sebuah data. Pengajar akan menyediakan soalan dan meminta pelajar untuk menjawab soalan tersebut bagi memastikan mereka memahami cara dalan pengurusan data tersebut. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 10 Julai 2021

Masa : 10.45 pagi - 12.15 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

perpuluhan adalah suatu sistem yang menggunakan angka sepuluh sebagai asas. Sistem ini mempunyai persamaan dengan sistem pecahan.

Aktiviti

Pengajar akan menerangkan secara ringkas mengenai topik ini. Pengajar akan memberikan beberapa contoh yang mempunyai nilai perpuluhan yang berbeza dan meminta pelajar untuk meneka atau menyebutkan nilai tersebut menggunakan sistem perpuluhan.

Galeri Foto