Tarikh : 29 Mei 2021

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Topik peratus adalah sebahagian topik daripada topik Pecahan dan pembelajaran ini adalah kesinambungan pembelajaran yang sebelum ini. Topik Peratus mempunyai hubungkait dengan topik Pecahan kerana topik ini mengajar pelajar cara mendapatkan nombor peratus daripada nombor pecahan.

Aktiviti

Sepanjang pembelajaran ini, pengajar menunjukkan hubungkait antara topik Pecahan dan Peratus. Pengajar akan menunjukkan beberapa contoh pengiraan sebelum mengajukan soalan kepada pelajar. Pengajar akan memberikan beberapa contoh soalan dan meminta pelajar menyelesaikan soalan tersebut.

Galeri Foto

Tarikh : 22 Mei 2021

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Pecahan adalah antara topik yang diajar semula bagi memudahkan pelajar memahami dan mendapat penjelasa yang lebih terperinci. Pecahan mempunyai tiga jenis iaitu pechan wajar, pecahan tidak wajar dan pecahan bercampur. Setiap jenis ini adalah perkara yang berbeza.

Aktiviti

Pengajar akan memberikan beberapa contoh mengikut jenis pecahan tersebut. Pengajar akan memberikan soalan kepada pelajar dan memberikan sedikit waktu untuk pelajar menjawab soalan tersebut untuk mengukur kefahaman mereka. 

Galeri Foto

Tarikh : 22 Mei 2021

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Mikoorganisma dikategori sebagai makhluk yang terkecil di dunia. Terdapat beberapa kategori atau jenis mikoorganisma yang hidup disekeliling manusia. Justeru, pembelajaran ini mengajar pelajar mengenai jenis mikroorganisma yang terdapat di sekeliling manusia.                  

Aktiviti

Pengajar akan menunjukkan beberapa contoh gambar mengenai mikroorganisma dan memberikan sedikit penjelasan mengenainya. Pengajar akan bersoal jawab dan memberikan beberapa soalan kuiz sebelum pembelajaran berakhir.

Galeri Foto

Tarikh : 22 Mei 2021

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Haiwan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu karnivor, herbivor dan omnivor. Setiap kumpulan haiwan ini berdasarkan jenis makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut. Sepanjang sesi pembelajaran ini, pengajar akan memberikan penjelasan dengan lebih lanjut berkaitan topik tersebut dengan lebih jelas kepada para pelajar.      

Aktiviti

Pengajar akan memberikan penerangan berkaitan tiga kumpulan haiwan tersebut berserta dengan contoh dan ciri-ciri haiwan tersebut. Pengajar juga menjelaskan mengenai kitaran makanan mengikut jenis haiwan. 

Galeri Foto 

Tarikh : 08 Mei 2021

Masa : 9.00 pagi - 10.30 pagi 

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Pengiraan adalah salah satu topik dalam subjek Matematik yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar sekolah. Hal ini demikian kerana ianya penting bagi memudahkan pelajar tahu penggunaan wang semasa berjual beli. Sekiranya topik ini tidak dapat dikuasai, pelajar akan mengalami kesukaran bukan saja pada pembelajaran tetapi memberi kesan kepada kehidupan seharian.                         

Aktiviti

Tenaga pengajar akan bersoal jawab dan mengajukan kuiz kepada para pelajar. Mereka diminta untuk mengira dan menjawab dengan pantas untuk menguji tahap kecekapan mereka dalam pengiraan. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pangajar melihat pelajar yang kurang menguasai topik pengiraan. 

Galeri Foto