Tarikh : 14 Ogos 2021

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Masa dan waktu melibatkan unit saat, minit dan jam untuk menentukan sesuatu kiraan kejadian. Topik ini menerangkan dan memperkenalkan unit yang digunakan untuk saat, minit dan jam.

Aktiviti
Pengajar akan menerangkan perbezaan untuk saat, minit dan jam. Tambahan, pengajar menerangkan dan memberi contoh rajah untuk menunjukkan saat, minit dan jam dan juga cara operasi tambah masa dan waktu.

Galeri Foto

 

Tarikh : 07 Ogos 2021

Masa : 11.00 pagi - 12.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Peratus adalah tajuk yang dibincangkan pada pembelajaran kali ini. Topik ini diajar semula kepada pelajar untuk menguji kefahaman mereka.

Aktiviti

Pengajar memberikan latihan kepada pelajar untuk dijawab. Pengajar akan memberikan masa kepada pelajar untuk menjawab soalan tersebut.

Galeri Foto

 

Tarikh : 07 Ogos 2021

Masa : 9.30 pagi - 10. 30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Kata kerja adalah satu topik yang perlu diberikan perhatian dalam pembelajaran Tahun 4 subjek Bahasa Inggeris. hal ini demikian kerana kebanyakkan pelajar sekolah rendah masih kurang memahami atau menguasai penggunaaN Bahasa Inggeris dalam kehidupan mereka.

Aktiviti

Pengajar akan memberikan nota kepada pelajar dan mengulang semula pembelajaran yang lepas sebelum pengajar mengadakan kuiz online kepada pelajar.

Galeri Foto

 

Tarikh : 07 Ogos 2021

Masa : 9.30 pagi - 10. 30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Wang digunakan dalam kehidupan harian untuk tujuan berjual beli sama ada dibelanjakan kepada makanan, minuman atau keperluan peribadi. Justeru, topik wang diajar adalah bertujuan mengajar pelajar tentang operasi tolak tambah wang semasa berjual beli.

Aktiviti

Pengajar akan terlebih dahulu mengajukan soalan kepada pelajar tentang beberapa soalan yang berkaitan dengan pengiraan wang. Sama ada mereka tahu apa itu ringgit dan sen. Seterusnya, pengajar akan mengadakan kuiz online kepada pelajar untuk melihat kecekapan mereka dalam pengiraan wang sebelum menamatkan sesi pembelajaran

Galeri Foto

 

Tarikh : 18 Julai 2021

Masa : 3.30 petang - 4.30 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Pembalajaran ini adalah bertujuan untuk memberikan pemahaman yang lebih kepada para pelajar. Justeru, latihan pemahaman ini dapat membantu pelajar untuk lebih memahami dan dapat memudahkan mereka berinteraksi dengan pengajar untuk bersoal jawab tentang bahagian yang mereka sukar fahami.

Aktiviti

Pengajar akan memaparkan contoh soalan ujian tahunan dan berbincang bersama para pelajar untuk mencari jawapan untuk setiap soalan dengan betul. 

Galeri Foto