Tarikh : 04 September 2021

Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Kata Ganti Nama ialah perkataan yang digunakan untuk menukar nama sesuatu objek. Kata Ganti Nama dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kata ganti umum, kata ganti nama diri dan sebagainya.

Aktiviti

Pengajar memberikan nota kepada pelajar bagi memudahkan pelajar memahami penggunaan Kata Ganti Nama tersebut. Pengajar memberikan contoh ayat yang bersesuaian dan menunjukkan penggunaan kata ganti nama dalam ayat tersebut. Seterusnya, pengajar akan menyoal pelajar untuk melihat kefahaman mereka. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 21 Ogos 2021

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Panjang adalah satu istilah yang digunakan bagi menentukan satu ukuran untuk satu barang. Panjang menggunakan unit relatif untuk mengukur. 

Aktiviti

Pengajar memberi penerangan kepada pelejar mengenai formula asas dalam mencari ukuran sesuatu objek. Disamping itu, sebelum tamat sesi pembelajaran pengajar meminta pelajar untuk menjawab kuiz yang disediakan. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 15 Ogos 2021

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Diagram Venn atau diagram set adalah sejenis diagram yang menunjukkan semua kemungkinan hubungan logik dan hipotesis di antara sekelompok (set/himpunan/kumpulan) benda/objek.

Aktiviti

Pembelajaran kali ini, pengajar menyediakan soalan yang berkaitan dengan topik. Pengajar akan berbincang dan bersoal jawab dengan pelajar untuk bersama-sama menyelesaikan soalan tersebut.

Galeri Foto

 

Tarikh : 21 Ogos 2021

Masa : 10.45 pagi - 12.15 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Diskaun adalah salah satu istilah yang digunapakai dalam menunjukkan satu barang mempunyai pemotongan harga daripada harga yang asal. Diskaun digunapakai dalam urusan jual beli dan untuk menarik minat ramai pelanggan.

Aktiviti

Pembelajaran ini adalah kesinambungan untuk pembelajaran pada minggu lepas. Pengajar menerangkan kegunaan diskaun dalam urusan jual beli dan menjelaskan formula yang digunapakai dalam topik diskaun. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 14 Ogos 2021

Masa : 10.45 pagi - 12.15 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Pembelajaran ini adalah bertujuaan untuk mengajar pelajar mengenai empat faktor dalam menguruskan wang. Empat faktor yang diperbincangkan dalam pembelajaran ini adalah harga jual, harga kos, untung dan rugi.

Aktiviti

Pengajar akan memjelas empat faktor tersebut kerana faktor tersebut memainkan peranan penting untuk mengira dan menguruskan wang dalam urusan jual beli. 

Galeri Foto