Tarikh : 08 Mei 2021

Masa : 9.00 pagi - 10.30 pagi 

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Pengiraan adalah salah satu topik dalam subjek Matematik yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar sekolah. Hal ini demikian kerana ianya penting bagi memudahkan pelajar tahu penggunaan wang semasa berjual beli. Sekiranya topik ini tidak dapat dikuasai, pelajar akan mengalami kesukaran bukan saja pada pembelajaran tetapi memberi kesan kepada kehidupan seharian.                         

Aktiviti

Tenaga pengajar akan bersoal jawab dan mengajukan kuiz kepada para pelajar. Mereka diminta untuk mengira dan menjawab dengan pantas untuk menguji tahap kecekapan mereka dalam pengiraan. Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu pangajar melihat pelajar yang kurang menguasai topik pengiraan. 

Galeri Foto