Tarikh : 29 Mei 2021

Masa : 3.30 petang - 4.30 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Koordinat adalah salah satu cara mudah bagi menentukan kedudukan sesuatu objek atau tempat. Koordinat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu lajur dan baris. Lajur merujuk kepada garisan menegak di dalam peta manakala baris merujuk kepada garisan mendatar di dalam peta.

Aktiviti

Pengajar akan membincangkan definisi koordinat kepada pelajar. Pengajar akan menunjuk satu gambar yang berkaitan dan menerangkan mengenai lajur dan baris. Sebelum kelas berakhir, pengajar akan memanggil beberapa pelajar dan mengajukan soalan untuk melihat kefahaman pelajar. 

Galeri Foto