Tarikh : 18 September 2021

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Kadaran ialah diberi beberapa kuantiti bagi sesuatu barang dengan harga tertentu, kemudian cari harga bagi barang itu dengan satu kuantiti sahaja. 

Aktiviti

Pengajar menerangkan contoh pengiraan perkadaran mengunakan beberapa latihan yang telah disediakan. Kemudian, setelah pelajar memahami, pengajar akan mengadakan kuiz online untuk pelajar sebelum menamatkan sesi pembelajaran.

Galeri Foto

 

Tarikh : 12 September 2021

Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Mesin digunakan dalam kehidupan untuk memudahkan proses sesuatu pekerjaan. Tambahan, pada zaman yang serba moden ini, penggunaan mesin dalam kehidupan kini menjadi keperluaan kepada manusia untuk membantu manusia dalam menjimatkan tenaga dan masa.

Aktiviti

Pengajar akan menerangkan fungsi dan manfaat mesin. Pengajar akan lebih menumpukan pengunaan mesin di dalam bengkel atau kilang. Hal ini demikian kerana ini memudahkan pelajar untuk mengenal proses pembuatan sesuatu produk di sesebuah bengkel atau kilang.

Galeri Foto

 

Tarikh : 11 September 2021

Masa : 10.45 pagi - 12.15 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Topik ini diperbincangkan untuk menyambung sub topiknya iaitu lajur dan baris. Lajur dan baris perlu difahami bagi menjelaskan sesuatu kedudukan objek.

Aktiviti

Pengajar akan menerangkan kepada pelajar mengenai maksud lajur dan baris, kegunaan mereka dan juga cara menentukan kedudukan sesuatu objek dalam bentuk lajur dan baris.

Galeri Foto

 

Tarikh : 11 September 2021

Masa : 10.45 pagi - 12.15 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Aset dan liabiliti adalah subtopik bagi topik Wang. Aset ialah hak milik seseorang, sesuatu yang jana wang dan beli pulangan. Liabiliti pula adalah sesuatu yang dihutang.

Aktiviti

Pengajar akan menerangkan perbezaan antara keduanya iaitu asetdan liabilit. Hal ini demikian kerana aset dan liabiliti mempunyai hubungkait dalam pengiraan keuntungan kewangan.

Galeri Foto

 

 

Tarikh : 04 September 2021

Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Latihan Pemahaman adalah bertujuan untuk menyemak semula kefahaman pelajar sebelum mereka beralih kepada topik baru. Latihan ini juga adalah pengenalan untuk topik yang akan diajar pada minggu akan datang.

Aktiviti

Pengajar akan menyediakan latihan yang bersesuaian dengan tajuk pembelajaran. Pengajar akan memberi peluang kepada pelajar untuk menjawab soalan latihan tersebut. Tambahan, pengajar akan berbincang semula mengenai jawapan latihan tersebut sebelum sesi pembelajaran tamat.

Galeri Foto