Tarikh : 10 Februari 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Melatih pelajar untuk memantapkan skill matematik yang sudah dipelajari. Dengan cara permainan pendidikan ini, pelajar boleh menjawab soalan-soalan matematik dengan mudah dan seronok. Dalam masa yang sama, menarik minat setiap pelajar dalam subjek matematik.

Aktiviti

Menjawab soalan matematik di wordmall.com untuk menyenangkan pelajar dan menarik pelajar untuk belajar matematik. Aktiviti lain, sesi perkongsian kisah penyebaran makluman yang tidak sah dan ketahui laman web yang betul untuk mendapatkan info tepat seperti sebenarnya.my 

Galeri Foto

Tarikh : 9 Februari 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

Tujuan

Kemaskini borang maklumat murid (BMM) adalah wajib bagi setiap ibu bapa untuk mengisi maklumat anak-anak mereka yang masih bersekolah rendah dan menengah. Melatih ibu bapa untuk mahir dalam menggunakan komputer serta boleh mengisi maklumat secara online dengan sendiri.

Aktiviti

Pengajar membantu mereka untuk menggunakan komputer dan mengisi borang maklumat pelajar secara online dengan betul.

Galeri Foto

Tarikh : 3 Februari 2021

Masa : 11.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Jigsaw adalah satu permainan yang mencabar minda setiap pelajar untuk menyusun menjadi satu gambar yang sempurna. Permainan ini membuat pelajar lebih berfikiran terbuka dan kreatif.

Aktiviti

Pelajar diberi tugas untuk menyusun gambar yang telah berterabur menjadi satu gambar yang sempurna. Aktiviti lain, sesi perkongsian kisah penyebaran makluman yang tidak sah dan ketahui laman web yang betul untuk mendapatkan info tepat seperti sebenarnya.my 

Galeri Foto

Tarikh : 4 Februari 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Setiap ibu bapa perlu mengemaskini borang maklumat pelajar anak-anak mereka .Melatih ibu bapa untuk mahir dalam penggunaan komputer. 

Aktiviti

Pengajar membantu mereka untuk menggunakan komputer dan mengisi borang maklumat pelajar secara online.

Galeri Foto

Tarikh : 27 Januari 2021

Masa : 3.00 ptg - 4.00 ptg

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memahirkan pelajar dalam urusan latihan menaip di komputer dalam bahasa melayu. Memberi dorongan kepada pelajar untuk lebih peka kepada perkataan dalam komputer dan menaip.

Aktiviti

Pelajar di beri penerangan secara ringkas dan mula melakukan latihan menaip dalam bahasa melayu. Juga menjadikan score taipan dalam 1 minit sebagai perangsang untuk lebih mahir. 

Galeri Foto