Tarikh : 27 Januari 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Melatih setiap pelajar untuk menguasai tatabahasa dalam bahasa melayu dengan baik dan mengulangkaji semula tatabahasa bahasa melayu yang telah mereka belajar di sekolah.  

Aktiviti

Menjawab kuiz tatabahasa yang telah disediakan dalam bahasa melayu. Aktiviti lain, sesi perkongsian kisah penyebaran makluman yang tidak sah dan ketahui laman web yang betul untuk mendapatkan info tepat seperti sebenarnya.my 

Galeri Foto

Tarikh : 24 Januari 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Setiap ibu bapa perlu mengemaskini borang maklumat pelajar anak-anak mereka dan mengemaskini bantuan prihatin rakyat (BPR) 2021.Melatih ibu bapa untuk mahir dalam penggunaan komputer. 

Aktiviti

Pengajar membantu mereka untuk menggunakan komputer dan mengisi borang maklumat pelajar secara online dan membantu mereka untuk mengemaskini bantuan prihatin rakyat (BPR) 2021 dengan betul. 

Galeri Foto 

Tarikh : 20 Januari 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Setiap ibu bapa perlu mengemaskini borang maklumat pelajar anak-anak mereka. Melatih ibu bapa untuk mahir dalam penggunaan komputer. 

Aktiviti

Pengajar membantu mereka untuk menggunakan komputer dan mengisi borang maklumat pelajar secara online dengan betul. 

Galeri Foto

Tarikh : 21 Januari 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Mempelajari asas-asas perniagaan yang membolehkan mereka memantapkan lagi ilmu pengetahuan untuk berniaga di masa yang akan datang. Dengan adanya asas-asas ini, setiap peserta boleh mengaplikasikan ilmu tersebut dalam perniagaan.

Aktiviti

Para peserta diberikan bimbingan oleh pengajar untuk mempelajari asas perniagaan yang telah disediakan oleh pengajar. Persoalan yang ditujukan oleh peserta akan dijawab oleh pengajar.

Galeri Foto

Tarikh : 14 Januari 2021

Masa : 10.00 pagi - 12.00 Tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Belajar menyusun dan mencantumkan serpihan dalam gambar tersebut untuk menjadi satu gambar yang sempurna.  

Aktiviti

Mencari dan mencantumkan gambar mengikut bentuk yang sesuai untuk menjadi satu gambar yang sempurna. Aktiviti lain, sesi perkongsian kisah penyebaran makluman yang tidak sah dan ketahui laman web yang betul untuk mendaptkan info tepat seperti sebenarnya.my

Galeri Foto