Tarikh : 23 Oktober 2021

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Minggu penilaian dibuat pada setiap hujung bulan bagi tujuan merekodkan keberkesanan kelas tambahan yang disediakan. Penilaian ini penting dilaksanakan kerana setiap kesalahan atau penambaikan boleh dibuat dan dipertingkatkan pada bulan seterusnya. 

Aktiviti 

Pengajar membuat sedikit penerangan mengenai penilaian yang akan dibuat sebelum memulakan pembelajaran. Pembelajaran yang dibuat adalah berdasarkan topik yang telah diajar pada minggu-minggu sebelumnya. Pengajar hanya akan menerangkan secara ringkas dan membuat penilaian melalui kuiz online sebelum menamatkan pembelajaran. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 16 Oktober 2021

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100 (peratus bermaksud per seratus). Sering ditandai dengan tanda peratus,%. Juga digunakan untuk menjelaskan sebesar mana sesebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti yang lain.

Aktiviti

Pengajar akan mengajar dan menunjukkan formula pengiraan kepada pelajar berdasarkan nota yang telah diberikan kepada mereka sebelum sesi pembelajaran bermula. Pengajar akan meminta pelajar membuat beberapa latihan dan selepas itu, mereka akan berbincang bersama memilih jawapan yang betul dan benar. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 2 Oktober 2021

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Operasi bergabung adalah gabungan operasi antara tambah, tolak, bahagi dan darab. Memilih operasi yang perlu diselesaikan terlebih dahulu amat penting bagi mendapatkan penyelesaian yang betul dan tepat.

Aktiviti

Pengajar akan menunjukkan cara pengiraan untuk operasi bergabung. Sebagai contoh, sekiranya dalam soalan ada gabungan antara operasi darab dan tambah, pelajar dikehendaki untuk menyelesaikan operasi darab terlebih dahulu dan seterusnya menyelesaikan operasi tambah. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 9 Oktober 2021

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Terdapat dua jenis pecahan iaitu pecahan wajar dan pecahan tidak wajar. Dalam operasi pecahan, nombor tersebut perlu diubah kepada bentuk perpuluhan sebelum langkah pengiraan seterusnya dibuat. 

Aktiviti

Pengajar akan mengajar pelajar cara untuk menukarkan nombor pecahan kepada nombor perpuluhan. Hal ini demikian kerana bagi memudahkan pelajar dalam membuat pengiraan darab, bahagi, tambah dan tolak dalam operasi bergabung. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 2 Oktober 2021

Masa : 9.30 pagi -10.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Penilaian bertujuan untuk menilai tahap kefahaman setiap pelajar. Tambahan pula, penilaian juga perlu diambil untuk memastikan setiap pelajar tidak tercicir dalam subjek atau tajuk yang telah diajar.

Aktiviti

Pelajar diminta untuk memahami setiap soalan yang diberikan dan menjawab soalan tersebut dengan betul. Sebelum sesi pembelajaran ditamatkan, pengajar akan membantu pelajar mencari dan membincangkan jawapan yang betul. 

Galeri Foto