Tarikh : 01 Oktober 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang awam

 

Tujuan

Bahasa Mandarin adalah bahasa yang digunapakai oleh masyarakat Cina di Malaysia. Justeru, bahasa Mandarin semakin mendapat perhatian masyarakat terutamanya masyarakat Melayu dan India untuk mempelajari bahasa Mandarin.

Aktiviti

Pengajar akan membuat satu sesi pembelajaran dengan membenarkan pelajar untuk bersuara semasa pembelajaran dijalankan.Hal ini demikian kerana memudahkan pengajar mendengar pelajar menyebut setiap perkataan yang diajar. Justeru, pengajar dapat memperbetulkan sebutan mereka secara terbuka dan pelajar dapat memahaminya dengan lebih jelas. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 26 September 2021

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Bahasa Mandarin merupakan bahasa yang digunapakai oleh masyarakat Cina di Malaysia. Justeru, masyarakat berbangsa Melayu dan India boleh mempelajari bahasa Mandari untuk memupuk semangat perpaduan antara kaum.

Aktiviti

Pengajar akan membuat sesi pengenalan perkataan asas dalam bahasa Mandarin. Pengajar akan memperkenalkan kepada pelajar perkataan asas terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pembelajaran kepada topik dialog harian.

Galeri Foto

 

Tarikh : 19 September 2021

Masa : 3.30 petang - 4.30 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Pembelajaran ini dijalankan untuk memudahkan dalam  mempraktikkan pemahaman dalam subjek bahasa inggeris. Hal ini demikian kerana latihan yang berterusan amat penting untuk tingkatkan kefahaman.

Aktiviti

Pengajar akan memberikan nota latihan kepada pelajar dan meminta untuk pelajar membaca soalan tersebut dan menjawab soalan tersebut. Selepas itu, pengajar akan membincangkan jawapan yang betul dan sesuai untuk setiap soalan bersama-sama pelajar.

Galeri Foto

Tarikh : 25 September 2021

Masa : 10.15 pagi - 11.45 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Pembelajaran kali ini adalah untuk menilai tahap kefahaman pelajar epanjang pembelajaran berlangsung pada setiap minggu. Penilaian ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan sistem etuisyen yang sedang dijalankan.

Aktiviti

Pelajar diberikan soalan yang berkaitan dengan subjek Matematik yang merangkumi semua tajuk yang telah diajar pada setiap minggu. Pelajar akan menjawab soalan- soalan tersebut mengikut ketetapan masa yang telah ditetapkan. Pengajar akan menyemak jawapan setiap pelajar selepas sesi pembelajaran tamat.

Galeri Foto

 

Tarikh : 19 September 2021

Masa : 10.15 pagi - 11.45 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Nilai tempat dalam nombor perpuluhan adalah kesinambungan tajuk pembelajaran yang lepas. Nilai tempat perpuluhan adalah berfungsi untuk mengetahui nilai peratusan sesuatu nilai perpuluhan.

Aktiviti

Pengajar akan mengulang pembelajaran yang lepas untuk menguatkan lagi pemahaman dan ingatan pelajar mengenai tajuk yang pernah dibincangkan. Seterusnya, pengajar akan memberikan latihan dan mengajukan soalan kepada pelajar berkaitan dengan topik pembelajaran.

Galeri Foto