Tarikh : 27 November 2021

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Minggu penilaian dibuat bagi mengulangkaji semau topik yang telah dipelajari sepanjang bulan tersebut. Hal ini demikian kerana bagi memastikan segala kekurangan dapat diperbaiki dari semasa ke semasa.

Aktiviti

Pengajar menyelesaikan pembelajaran yang masih tersisa sebelum membuka sesi soal jawab bersama pelajar. Pengajar juga mengeluarkan kuiz di atas talian kepada pelajar bertujuan menilai prestasi pelajar dari semasa ke semasa.

Galeri Foto 

 

Tarikh : 20 November 2021

Masa : 11.00 pagi - 12 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Bahasa isyarat adalah bahasa yang menggunakan pergerakan tangan dan reaksi muka untuk menunjukkan sesuatau perkara. Bahasa isyarat digunakan dan dipelajari untuk memudahakan masyarat yang mengalami masalah pendengaran untuk berbicara.

Aktiviti

Proses pembelajaran adalah santai dan dijalankan melalui talian. Pengajar menunjukkan bahasa isyarat yang ringkas, betul dan efektif bagi permulaan kelas bagi memudahkan para pelajar memahaminya.

Galeri Foto

 

Tarikh : 14 November 2021

Masa : 3.15 petang - 4.15 petang 

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Haiwan dan tumbuhan adalah hidupan lain yang berada di muka bumi ini. Haiwan dan tumbuhan memainkan peranan yang penting untuk ekosistem di muka bumi ini.

Aktiviti

Pengajar akan memperkenalkan beberapa jenis haiwan dan tumbuhan yang memberi peranan penting dalam hidupan. Pengajar juga akan mengeluarkan contoh soalan yang berkaitan dengan topik untuk dibincangkan bagi memudahkan pembelajaran.

Galeri Foto

 

Tarikh : 17 November 2021

Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Penjawat Awam

 

Tujuan

Program yang dijalankan oleh Niosh iaitu Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Kebangsaan. Program ini telah dihadiri oleh kakitangan penjawat awam seramai enam orang.

Aktiviti

Setiap peserta yang terlibat diminta untuk menyertai taklimat melalui zoom meeting. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 06 November 2021

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Penukaran unit jisim kepada nilai besar atau nilai kecil mempunyai dua kaedah yang berbeza. Kaedah pertama iaitu dengan menukar unit yang kecil (g) kepada unit yang lebih besar (kg), kita bahagikan dan kaedah kedua ialah dengan menukar unit yang besar (kg) kepada unit yang lebih kecil (g), kita darabkan.

Aktiviti 

Pengajar akan menunjukkan beberapa soalan latihan untuk memberi contoh soalan kepada pelajar. Selepas itu, pengajar akan menunjukkan dan berbincang bersama pelajar cara atau jalan penyelesaian untuk setiap soalan yang diberikan.

Galeri Foto