Tarikh : 5 Januari 2022

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Mengemaskini permohonan dan membuat permohonan baru bagi yang baru mendaftar Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022. Melatih mereka untuk mahir dalam penggunaan komputer. 

Aktiviti

Pengajar membantu mereka untuk menggunakan komputer dan membantu mereka untuk mengemaskini permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 dengan betul. 

Galeri Foto

  

Tarikh : 18 Disember2021

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Kadaran adalah sesuatu barang yang diberikan beberapa kuantiti dengan harga tertentu, kemudian cari harga bagi barang itu dengan satu kuantiti sahaja. 

Aktiviti

Topik ini adalah sambungan pembelajaran pada minggu sebelumnya. Pengajar mengemukan soalan yang berkaitan dengan pembelajaran yang lepas bagi mengingati kembali pembelajaran yang lepas. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 04 Disember2021

Masa : 10.45 pagi - 12.15 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Koordinat adalah sesuatu kod yang digunakan untuk menentukan sesuatu kedudukan objek, merujuk kepada lajur dan baris sesuatu objek tersebut. Kadaran pula adalah mempelajari cara menentukan suatu nilai menggunakan kaedah unitari dalam situasi harian.

Aktiviti

Pengajar mengajar pendahuluan untuk setiap topik dengan menggunakan nota yang telah disediakan. Pengajar menyediakan kuiz di atas talian untuk pelajar bagi menilai kefahaman mereka sebelum sesi pembelajaran tamat. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 05 Disember2021

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Kata Ganti Nama ialah perkataan yang digunakan untuk menukarkan perkataan Nama. Perkataan ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi.

Aktiviti

Pengajar memulakan dengan subtopik yang pertama iaitu kata ganti nama umum. Pengajar akan menunjukkan beberapa contoh perkataan yang boleh diubah dan memberi latihan kepada pelajar untuk memudahkan pembelajaran. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 27 November 2021

Masa : 2.00 pm - 3.00 pm

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta :Orang Awam

 

Tujuan

Topik pada minggu ini adalah kesinambungan bagi topik pada minggu lepas. Topik yang dibincangkan iaitu cara menyapa dan bertanya khabar kepada seseorang.

Aktiviti

Pengajar akan mengulang semula topik pada minggu lepas bagi mengukuhkan ingatan dan mengingati semula pembelajaran yang lepas. Seterusnya, pengajar mengajar bahasa asas dalam bahasa mandarin bagi bertanyakan khabar kepada seseorang. 

Galeri Foto