Tarikh : 29 Januari 2022

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Hiragana (平仮名, ひらがな, sebutan Jepun: [çiɾaɡaꜜna])[nota 1] ialah suku kata Jepun, satu komponen sistem tulisan Jepun, bersama dengan katakana, kanji dan dalam beberapa kes skrip Latin. Ia adalah sistem huruf fonetik. Perkataan hiragana secara literal bermaksud "biasa" atau "mudah" kana ("mudah" asalnya berbeza dengan kanji).

Aktiviti

Pengajar memulakan pembelajaran dengan mengenalkan tulisan hiragana mengikut konsonan dan vokal. Pengajar melatih pelajar cara menulis tulisan hiragana sambil menyebut perkataan tersebut mengikut konsonan dan vokal. 

Galeri Foto

Tarikh : 26 Januari 2022

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Program eRezeki membolehkan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui platform crowdsourcing secara atas talian. Peserta eRezeki akan dipadankan dengan kerja-kerja digital bersesuaian dengan skil masing-masing.

Aktiviti

Pengajar memulakan dengan memberi pengenalan mengenai E-Rezeki dan mendaftar masuk dalam platform E-Rezeki untuk memudahkan peserta mencari peluang-peluang pekerjaan yang terdapat di dalam paltform E-Rezeki ini.

Galeri Foto

Tarikh : 20 Januari 2022

Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Air Selangor ialah pengendali air terbesar di Malaysia, mengedarkan air bersih dan selamat kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Air Selangor menyediakan aplikasi Air Selangor yang boleh didapati di Google Playstore. Air Selangor juga menyediakan Skim Air Darul Ehsan iaitu setiap 20 meter padu air akan dipotong setiap bil air yang dapat. Air Selangor juga sedia menerima aduan atau maklumbalas dari pelanggan secara bersemuka.

Aktiviti

Pihak Air Selangor membantu pelanggan menyemak permohonan Skim Air Darul Ehsan dan mengisi permohonan jika masih belum memohon. Pihak Air selangor juga membantu pelanggan untuk muat turun aplikasi Air Selangor dan mendaftar masuk untuk memudahkan pelanggan mengetahui info-info terbaru dan boleh menyemak jumlah bil air yang perlu di bayar.

Galeri Foto

 

 

Tarikh : 22 Januari 2022

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Bahasa Jepun (日本語Nihon-go) ialah bahasa rasmi negara Jepun dan dituturi 125 juta orang. Bahasa jepun mempunyai tulisan dan tatabahasa tersendiri. Tulisan bahasa jepun mempunyai tiga bahagian iaitu kanji, hiragana dan katakana.

Aktiviti

Pengajar memulakan pembelajaran dengan mengenalkan diri menggunakan bahasa Jepun. Pengajar melatih pelajar perbualan dalam bahasa jepun sebagai contoh konnichiwa (selamat petang). 

Galeri Foto

 

Tarikh : 15 Januari 2022

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Email adalah suatu sarana untuk mengirim dan menerima surat atau pesan dengan format digital melalui jalur jaringan komputer dan internet. Email perlu ada pada setiap individu untuk memudahkan suatu urusan. 

Aktiviti

Pengajar perlu membantu dan mengajar mereka asas untuk membuat email dari cara menggunakan komputer, membuka website dan mendaftar untuk membuat email baru.

Galeri Foto

.