Tarikh : 13 Mac 2022

Masa : 11.15 Pagi - 12.15 Tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Bahasa inggeris komunikasi ini memudahkan setiap pelajar untuk lancar berkomunikasi dan dalam masa yang sama mengutamakan tatabahasa. Setiap pelajar perlu memberi perhatian yang lebih supaya akan memudahkan mereka untuk masuk belajar yang lebih mencabar.

Aktiviti

Pengajar mengajar lima deria yang ada pada manusia dalam bahasa inggeris dan dalam masa yang sama setiap pelajar perlu berkomunikasi dengan pengajar untuk lebih yakin dan memahami apa yang diajar oleh pengajar.

Galeri Foto

Tarikh : 10 Mac 2022

Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Kelas ini anjuran bersama Rakan Digital untuk membantu usahawan berniaga secara atas talian. Sebagai contoh, usahawan menggunakan platform shopee untuk memudahkan mereka berniaga di platform tersebut.

Aktiviti

Pengajar memulakan sesi pembelajaran dengan memperkenalkan apa itu platform shopee. Selepas itu, pengajar mengajar peserta bagaimana mahu daftar baru dalam shopee.

Galeri Foto

Tarikh : 5 Februari 2022

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Mempelajari perbendaharaan kata Jepun adalah satu asas menguasai bahasa Jepun. Kosa kata lebih sesuai untuk dihafal dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 

Aktiviti

Pengajar mengajar peserta dengan mengenalkan kosa kata bahasa Jepun untuk memulakan perbualan. Sebagai contoh, watashi no namae wa Kamiya Naoki desu (わたしのなまえは上矢直輝です) iaitu nama saya Naoki Kamiya.

Galeri Foto

Tarikh : 6 Mac 2022

Masa : 3.15 petang - 4.15 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Smart english class adalah satu kelas bagi pelajar untuk mengenali setiap perkataan dengan cepat. Sesi pembelajaran ini melatih setiap pelajar untuk mendengar dan menulis mengikut rakaman suara yang telah disediakan oleh guru yang mengajar. 

Aktiviti

Pengajar telah menyediakan nota yang akan digunakan oleh setiap pelajar. Pengajar membuka rakaman video yang telah disediakan dan didengari oleh setiap pelajar. Setiap pelajar perlu mendengar dan menulis setiap perkataan yang ada di dalam rakaman suara tersebut.

Galeri Foto

Tarikh : 6 Februari 2022

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Bahasa Inggeris adalah bahasa yang penting untuk memenuhi semua matlamat peribadi dan professional. Bahasa ini boleh dipelajari dari asas sehingga profesional atau mengikut kemampuan masing-masing oleh semua golongan.

Aktiviti

Pengajar memulakan pembelajaran dengan mengenalkan apa itu bahasa inggeris dan cara untuk menyebut setiap asas perkataan yang perlu pelajar pelajari.

Galeri Foto