Tarikh : 17 April 2022

Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Pembelajaran Sains Tahun 4 mempunyai eksperimen tertentu yang dilakukan oleh setiap pelajar. Dalam eksperimen ini, pelajar perlu mengenalpasti pembolehubah seperti manipulasi, bergerak balas dan dimalarkan. Subjek Sains ini, pelajar perlu mengeluarkan pembolehubah dimalarkan. Pembolehubah dimalarkan adalah perkara yang sama supaya tidak menggangu eksperimen.

Aktiviti

Pengajar mengajar apa itu pembolehubah dimalarkan kepada setiap pelajar. Satu eksperimen ditunjuk dan pelajar perlu mengeluarkan pembolehubah dimalarkan yang telah diajar oleh pengajar.

Galeri Foto

 

Tarikh : 17 April 2022

Masa : 10.45 Pagi - 11.45 Pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Pembelajaran Matematik Tahun 4 lebih kepada mempelajari nilai digit dan nilai tempat nombor. Pelajar perlu belajar untuk membezakan nilai digit dan nilai tempat nombor. Nilai digit adalah nilai sesuatu angka, manakala nilai tempat adalah mengetahui nombor bulat itu berada dalam bilik mana iaitu sa, puluh atau ratus.

Aktiviti

Pengajar mengajar apa itu nilai digit dan nilai tempat. Sebagai contoh, nilai digit seperti 120 manakala nilai tempat untuk nombor satu di dalam 120 adalah ratus.

Galeri Foto

Tarikh : 4 April 2022

Masa : 3.00 petang- 5.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Pendaftaran kemasukan murid Tahun 1 sesi 2023 telah dibuka pada awal bulan Mac. Setiap ibu bapa yang mempunyai anak memasuki Tahun  1 sesi 2023 perlu mendaftar di platform yang telah disediakan. Pengajar akan memudahkan urusan pengisian maklumat pendaftaran kemasukan murid Tahun 1 sesi 2023.

Aktiviti

Pengajar membantu mereka untuk menggunakan komputer dan mengisi maklumat  kemasukan murid Tahun 1 sesi 2023 dengan betul. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 14 April 2022

Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Bengkel ini anjuran bersama Rakan Digital untuk membantu usahawan berniaga secara atas talian. Bengkel Fotografi ini dijalankan bagi memudahkan usahawan untuk mengambil gambar dari pelbagai sudut untuk menarik perhatian pembeli di platform Shopee. 

Aktiviti

Pengajar memulakan sesi pembelajaran dengan mengajar bagaimana hendak mengambil gambar dari pelbagai sudut dan setelah mengambil gambar perlu edit masuk ke dalam platform Shopee.

Galeri Foto

 

Tarikh : 20 Mac 2022

Masa : 3.15 petang- 4.15 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Smart english class adalah satu kelas bagi pelajar untuk mengenali setiap perkataan dengan cepat. Sesi pembelajaran ini untuk mengajar pelajar baca dengan teliti setiap ayat yang ada di dalam nota dan menjawab setiap soalan dengan betul mengikut ayat karangan yang diberi.

Aktiviti

Pengajar memberi nota yang mengandungi karangan untuk dibaca oleh setiap pelajar. Pengajar mengajar setiap pelajar untuk membaca ayat karangan tersebut dan menjawab semua soalan yang diberi.

Galeri Foto