Tarikh : 23 Mei 2022

Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Subjek Matematik adalah subjek yang perlu dilakukan latihan secara rutin untuk memahami serta menghafal formula untuk setiap pengiraan yang berbeza. Justeru itu, dengan adanya kuiz online ini memudahkan mereka untuk menambah ilmu serta menarik minat mereka untuk buat kuiz ini secara berkala.

Aktiviti

Pelajar diminta untuk menjawab semua soalan kuiz matematik tersebut dan setelah menjawab kuiz, mereka perlu menyemak markah masing-masing. Jika markah tidak memuaskan, mereka perlu ulang semula kuiz sehingga mendapat markah yang memuaskan.

Galeri Foto

Tarikh : 22 Mei 2022

Masa : 8.00 Pagi - 9.00 Pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Bengkel ini anjuran bersama Rakan Digital untuk membantu usahawan berniaga secara atas talian. Bengkel Shopee (Editing Product Picture) ini dijalankan bagi memudahkan usahawan untuk mengedit gambar menggunakan kamera setiap penjual untuk menarik perhatian pembeli di platform Shopee. 

Aktiviti

Pengajar memulakan sesi pembelajaran dengan mengajar bagaimana hendak mengedit gambar menggunakan kamera dan masuk gambar ke dalam platform Shopee.

Galeri Foto

Tarikh : 24 April 2022

Masa : 10.45 Pagi - 11.45 Pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Pembundaran merupakan satu kemahiran matematik yang mana digit-digit nombor dihampirkan kepada nilai tempat yang dikehendaki. Sebagai contoh, sat nombor dibundarkan kepada pulh yang terdekat, maka perlu pastikan nombor yang ada di bersebelahan perlu di tambah 1 atau 0.

Aktiviti

Pengajar memberi latihan kepada pelajar untuk memudahkan pelajar lebih faham apa itu bundarkan nombor. Pengajar perlu menerangkan dengan lebih jelas supaya pelajar mudah faham dan boleh menjawab soalan dalam latihan yang diberikan.

Galeri Foto

 

Tarikh : 21 Mei 2022

Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Simpulan bahasa (Idiom) adalah sekumpulan perkataan yang ditubuhkan dengan penggunaan sebagai mempunyai makna yang tidak boleh disimpulkan daripada perkataan individu. Pelajar perlu memahami simpulan bahasa ini untuk diterapkan dalam kehidupan.

Aktiviti

Pengajar mengajar apa itu simpulan bahasa (idiom) kepada setiap pelajar untuk memahami simpulan bahasa untuk kegunaan seharian. Pengajar memberi nota dan latihan kepada setiap pelajar.

Galeri Foto

 

Tarikh : 23 April 2022

Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kata nama ialah perkataan yang menamakan sesuatu, seperti orang, tempat, benda, atau idea. Terdapat banyak jenis kata nama yang perlu dipelajari oleh pelajar.  Sesi pembelajaran ini untk menjelaskan perbezaan setiap kata nama yang terdapat dalam ayat atau petikan.

Aktiviti

Pengajar mengajar apa itu kata nama dan jenis kata nama yang terdapat dalam sebuah petikan. Pengajar perlu menjelaskan perbezaan setiap kata nama kepada setiap pelajar spaya memudahkan pelajar untuk memahami apa yang diajar oleh pengajar.

Galeri Foto