Tarikh : 18 Jun 2022

Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan (menyanyi), kejadian (berkembang) atau keadaan wujud (wujud). Selain itu, kata kerja dalam ayat yang menerangkan perkara yang dilakukan oleh subjek. Sebagai contoh, kami pergi ke pasar. Pergi itu adalah kata kerja.

Aktiviti

Pengajar akan mengajar apa itu kata kerja dan memberikan kepada setiap pelajar. Latihan ini memudahkan untuk setiap pelajar memahami apa itu kata kerja dan boleh digunakan untuk seharian.

Galeri Foto

Tarikh : 18 Jun 2022

Masa : 9.45 Pagi - 10.45 Pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Latihan matematik ini amat penting untuk diberikan kepada pelajar bagi mengukuhkan semula asas yang pelajar tidak mahir. Dengan adanya latihan ini, pelajar akan lebih mahir dan memudahkan pelajar untuk menjawab latihan yang seterusnya. 

Aktiviti

Pengajar akan memberikan kepada setiap pelajar latihan untuk memudahkan pelajar gunakan sebagai rujukan. Pengajar akan bertanya soalan dan memulakan sesi soal jawab setelah mereka menyelesaikan latihan yang diberikan. Pada akhir pembelajaran, pelajar akan membuka laman sesawang sebenarnya.my untuk mengetahui isu semasa yang tepat.

Galeri Foto

Tarikh : 11 Jun 2022

Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Perenggan deskriptif ialah akaun berfokus dan kaya dengan perincian tentang topik tertentu. Perenggan dalam gaya ini selalunya mempunyai fokus konkrit seperti bunyi air terjun, bau busuk semburan skunk, tetapi juga boleh menyampaikan sesuatu yang abstrak, seperti emosi atau ingatan. Beberapa perenggan deskriptif melakukan kedua-duanya. Setiap pelajar perlu memahami isi setiap petikan atau perenggan yang diberi.

Aktiviti

Pengajar perlu mengajar apa itu perenggan deskriptif supaya pelajar boleh faham untuk huraikan satu perenggan dengan baik. Pengajar memberi latihan untuk pastikan setiap pelajar faham apa yang mereka pelajari daripada pengajar.

Galeri Foto

Tarikh : 12 Jun 2022

Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Pendaraban  atau perkalian  ialah suatu proses aritmetik yang melibatkan penggandaan satu nombor dengan nombor lain. Secara ringkas, pendaraban ialah penambahan yang dilakukan secara berulang. Operasi ini adalah salah satu dari empat operasi asas di dalam aritmetik (yang lain ialah penambahanpenolakan dan pembahagian). Pendaraban ini amat penting untuk dipelajari kerana ianya adalah kegunaan setiap pelajar sehingga mereka habis belajar dan digunakan dalam kehidupan.

Aktiviti

Pengajar perlu mengajar apa itu pendaraban dan pastikan setiap pelajar mengingati sifir yang telah disediakan. Pelajar perlu membuat latihan yang diberi oleh pengajar untuk memudahkan setiap pelajar ingat dan faham apa itu darab. setiap pelajar perlu berlatih menghafal sifir untuk memudahkan sesi pembelajaran pendaraban ini.

Galeri Foto

Tarikh : 28 Mei 2022

Masa : 2.00 Petang - 3.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Adjektif iaitu kata sifat yang bermaksud perkataan yang tergolong dalam salah satu kelas bentuk utama dalam mana-mana banyak bahasa dan biasanya berfungsi sebagai pengubah suai kata nama untuk menunjukkan kualiti benda yang dinamakan, untuk menunjukkan kuantiti atau takatnya, atau untuk menentukan sesuatu perkara sebagai berbeza daripada sesuatu yang lain. Pelajar perlu pelajari kata-kata sifat ini untuk kegunaan harian.

Aktiviti

Pengajar perlu mengajar kata-kata sifat kepada pelajar dan memberi latihan seperti kuiz atau latihan di kertas. Pelajar perlu memahami apa itu kata sifat yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Galeri Foto