Tarikh : 3 Julai 2022

Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Taman Keruing Rasa

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Matlamat utama program ini dijalankan adalah untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta dan komuniti setempat khususnya, seluruh pengguna amnya. Selain itu, dapat memperkenalkan perkhidmatan yang ada di setiap PEDi Kluster Hulu Selangor terutama sekali PEDi Taman Keruing Rasa.

Aktiviti

Banyak aktiviti yang dijalankan pada program ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan sukaneka, mewarna, pertandingan KDB dan ICT dan lain-lain lagi. Program ini juga menyediakan pameran-pameran seperti pameran PEDi, pameran dari agensi, taklimat usahawan, pameran produk dari usahawan dan lain-lain. 

Terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan turut serta memeriahkan majlis pada program kali ini. 

Galeri Foto

Tarikh : 25 Jun 2022

Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memahirkan pelajar dalam urusan latihan menaip di komputer dalam bahasa melayu. Memberi dorongan kepada pelajar untuk lebih peka kepada perkataan dalam komputer dan menaip.

Aktiviti

Pelajar diberi penerangan secara ringkas dan mula melakukan latihan menaip dalam bahasa melayu. Juga menjadikan score taipan dalam 1 minit sebagai perangsang untuk lebih mahir. Akhir sekali, Pelajar diminta untuk membuka laman web Sebenarnya.my.

Galeri Foto

Tarikh : 24 Jun 2022

Masa : 3.30 Petang - 4.30 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Bengkel asas keusahawanan ini dijalankan bagi memberi tambahan pengetahuan untuk usahawan berniaga di atas talian atau di mana-mana platform niaga. Antara program yang dibuat adalah sunting imej produk. Risalah atau flyers adalah paling penting untuk usahawan mempromosikan produk di atas talian. Oleh itu, usahawan perlu mempelajari bagaimana membuat risalah untuk mempromosikan produk kepada pelanggan.

Aktiviti

Pengajar mengajar sunting imej produk menggunakan Microsoft Publisher. Mereka perlu sunting produk mereka mengikut kreativiti masing2 untuk menarik perhatian pelanggan. Setelah selesai, mereka perlu mengedar risalah produk kepada pelanggan atau atas talian. 

Galeri Foto

Tarikh : 25 Jun 2022

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar sekolah

 

Tujuan

Jigsaw puzzle adalah satu teka teki yang terdiri daripada gambar yang dicetak pada kadboard atau kayu dan dipotong kepada pelbagai kepingan bentuk yang berbeza yang perlu dipasang bersama. Jigsaw puzzle ini memberi kecerdasan minda setiap pelajar untuk menyusun semula sebagai satu gambar.

Aktiviti

Aktiviti yang dilaksanakan adalah pelajar diminta untuk membuka laman web jigsaw puzzle untuk menyelesaikan setiap kepingan bentuk untuk menjadi satu gambar . Akhir sekali, mereka diminta untuk membuka laman web Klik dengan Bijak.

Galeri Foto

Tarikh : 19 Jun 2022

Masa : 10.45 Pagi - 11.45 Pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Peratusan ialah cara menyatakan nombor sebagai sebuah pecahan daripada 100. Ia sering ditandai dengan tanda peratus (%). peratusan juga digunakan untuk menjelaskan sebesar mana sesebuah kuantiti dibandingkan dengan kuantiti yang lain. Kuantiti pertama seringkali mewakili sesebuah bahagian atau satu perubahan pada kuantiti kedua, yang sepatutnya lebih besar daripada sifar. Sebagai contoh, pertambahan $0.15 pada satu barangan yang harga asalnya bernilai $2.50 ialah peningkatan sebanyak 0.15/2.5 = 0.06. Nilai ini dinyatakan di dalam bentuk peratusan sebagai peningkatan sebanyak 6%.

Aktiviti

Pengajar akan mengajar apa peratusan dan memberikan kepada setiap pelajar. Latihan ini banyak menggunakan pecahan kerana peratusan kebanyakannya daripada pecahan. Pengajar menyediakan soal jawab untuk mengetahui setiap pelajar fokus apa yang pelajar belajar.

Galeri Foto