Tarikh : 03 Mac 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memperkenal dan memberi penerangan berkaitan konsep Mobile E-Waste. Kempen kesedaran untuk menjadi 'Hero Bumi' dengan menjaga alam sekitar dengan betul. 

Aktiviti

Aktiviti mengenal pasti barangan yang boleh dihapuskan melalui kempen Mobile E-Waste. Tayangan video dan sesi penerangan dilakukan untuk memastikan pelajar lebih jelas akan konsep Mobile E-waste. 

Galeri Foto

Tarikh : 23 Februari 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Melahirkan generasi yang bijak ICT dengan mencari info dan maklumat yang tepat pada sumber yang boleh di percayai.

Aktiviti

Pelajar di beri penerangan untuk mencari maklumat dengan tepat dan mudah. Juga terdapat sesi tugasan di mana peserta mencari maklumat berdasarkan topik dengan tambahan ayat DAN, ATAU dan BUKAN. 

Galeri Foto

Tarikh : 20 Februari 2020

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Dewasa / Usahawan

 

Tujuan

Memperkenalkan aplikasi online untuk membantu hasil perniagaan seperti ciptaan flyers dan sebagainya. 

Aktiviti

Peserta ini di beri tunjuk ajar untuk menghasilkan flyers yang cantik dan sesuai dengan perniagaan mereka. Aplikasi di https://www.postermywall.com menjadi salah satu rujukan mudah untuk mencipta hasil kreatif mereka. Terdapat juga aktiviti tambahan seperti kemaskini Dashboard Komuniti.

Galeri Foto

Tarikh : 22 Februari 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Menggalakkan pelajar untuk memilih pusat internet sebagai tempat mencari bahan ilmu di internet dan ulangkaji pelajaran.

Aktiviti

Subjek Sains dengan topik rantaian makanan haiwan dan tabiat makanannya. Petugas pusat internet juga memberi tunjuk ajar dalam mencari info di internet. Pelajar juga di beri latihan mudah untuk pelajar ini lebih faham akan topik yang dibincangkan.

Galeri Foto

Tarikh : 15 Februari 2020

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Membantu peserta kali ini mengetahui laman web yang betul untuk membuat semakan sebarang info yang tular di media sosial untuk mengelakkan kekeliruan dan salah faham info.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan dan pengenalan laman web sebenarnya.my untuk rujukan para peserta yang hadir untuk mendapatkan info yang sahih atau tidak. 

Galeri Foto