Tarikh : 15 Mac 2020

Masa : 10.30 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Cuti sekolah kembali. Pelajar memanfaatkan aktiviti dengan ulangkaji pelajaran dan menambah ilmu pengetahuan.

Aktiviti

Subjek English menjadi pilihan pelajar kali ini. Untuk mengukuhkan lagi pemahaman dan teknik penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian, rujukan laman web seperti https://www.proprofs.com/ menjadi sumber pembelajaran kali ini. 

Aktiviti sampingan seperti pengenalan dan fungsi laman web Sebenarnya.my juga diberitahu agar pelajar ini lebih peka dalam penyebaran maklumat sahih atau tidak. 

Galeri Foto

Tarikh : 14 Mac 2020

Masa : 2.30 petang - 4.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Cuti sekolah kembali. Pelajar memanfaatkan aktiviti dengan ulangkaji pelajaran dan menambah ilmu pengetahuan.

Aktiviti

Menambah ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian. Kali ini pelajar berpeluang untuk mengikuti kelas asas bahasa mandarin secara rujukan online dan tunjuk ajar petugas. Di akhir pembelajaran, mereka di uji dengan menjawab beberapa soalan seperti tejermahan dalam bahasa mandarin. 

Galeri Foto

Tarikh : 07 Mac 2020

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memahirkan pelajar ini dalam penguasaan Microsoft Word dalam ulangkaji pelajaran.

Aktiviti

Subjek Bahasa Melayu menjadi pilihan minggu ini, pelajar di minta untuk menghasilkan sebuah cerpen pendek mengenai kawan baik mereka di Microsoft Word. Sebelum itu mereka di ajar cara menggunakan Microsoft Word dengan betul. Rujukan internet juga menjadi subjek tambahan pada kali ini.

Galeri Foto

Tarikh : 08 Mac 2020

Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Menerangkan kepada pelajar ini akan kesan dan tindakan sekiranya akaun peribadi kita di godam oleh orang lain.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan bahayanya jika tidak log out akaun peribadi kita dan berkongsi maklumat kepada orang lain tanpa tujuan yang betul. Tayangan video dan sesi soal jawab juga dilakukan untuk membuat pelajar ini lebih jelas dan faham akan sifat si penggodam atau hackers ini.

Galeri Foto

Tarikh : 05 Mac 2020

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Dewasa / Usahawan

 

Tujuan

Memperkasa ilmu ICT di kalangan orang dewasa khususnya usahawan tempatan. Memperkenalkan aplikasi online untuk membantu hasil perniagaan seperti ciptaan flyers dan sebagainya. 

Aktiviti

Peserta ini di beri tunjuk ajar untuk menghasilkan flyers yang cantik dan sesuai dengan perniagaan mereka. Aplikasi di https://www.postermywall.com menjadi salah satu rujukan mudah untuk mencipta hasil kreatif mereka. Terdapat juga aktiviti tambahan seperti kemaskini Dashboard Komuniti.

Galeri Foto