Tarikh : 18 Julai 2020

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Membina pemikiran kreatif di kalangan pelajar sekolah rendah di samping bergembira bermaian permaian pendidikan secara online.

Aktiviti

Kali ini pelajar di minta untuk suai padan perkataan mengikut gambar yang disediakan. Selain pembelajaran seperti mengenal ayat dan perkataan, permainan ini juga dalam dua bahasa iaitu bahasa melayu dan Inggeris. Mini pertandingan juga diadakan agar pembelajaran ini lebih menarik. Sumber : https://wordwall.net/

Galeri Foto

Tarikh : 18 Julai 2020

Masa : 11.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Mempraktikkan langkah berjaga terhadap penipuan internet yang kian berleluasa masa kini. Kanak-kanak juga harus tahu akan bahayanya penipuan internet ini. 

Aktiviti

Tayangan video berkaitan contoh penipuan dalam internet ini dan sesi penerangan daripada petugas akan bahaya dan cara mencegahnya. 

Galeri Foto

Tarikh : 11 Julai 2020

Masa : 11.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Membina pemikiran kreatif di kalangan pelajar sekolah rendah di samping bergembira bermaian permaian pendidikan secara online.

Aktiviti

Mencari perkataaan tersembunyi di dalam timbunan perkataan yang tersedia. Permainan mencari perkataan ini disertakan juga dengan tahap-tahap tertentu. Juga di bahagi dalam dua bahasa iaitu bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 

Galeri Foto

Tarikh : 12 Julai 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kala ini terlalu ramai orang yang berkongsi perkara yang tidak sahih biarpun di kalangan kanak-kanak. Oleh itu untuk mendapatkan maklumat yang sahih kita perlu melayari laman web yang diperakui sah seperti sebenarnya.my. 

Aktiviti

Pelajar ini dimaklumkan akan kewujudan laman web Sebenarnya.my ini dan fungsinya. Mereka juga diberikan tugasan dengan mencari berita palsu di sosial media dan cuba untuk mencari kebenaran melalui pencarian fakta di laman web ini.

Galeri Foto

Tarikh : 05 Julai 2020

Masa : 11.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Menerangkan kepada pelajar ini akan kesan dan tindakan sekiranya berlaku kecurian data di dalam internet atau melalui sistem online.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan bahayanya kecurian data akaun peribadi kita dan perlu berhati-hati berkongsi maklumat kepada orang lain samada secara online atau berhadapan. Tayangan video dan sesi soal jawab juga dilakukan untuk membuat pelajar ini lebih jelas dan faham akan hal kecurian data atau phishing ini.

Galeri Foto