Tarikh : 20 Jun 2020

Masa : 4.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memperkenal dan memberi penerangan berkaitan konsep Mobile E-Waste. Kempen kesedaran untuk menjadi 'Hero Bumi' dengan menjaga alam sekitar dengan betul. 

Aktiviti

Tayangan video dan sesi penerangan dilakukan untuk memastikan pelajar lebih jelas akan konsep Mobile E-waste. Aktiviti mengenal pasti barangan yang boleh dihapuskan melalui kempen Mobile E-Waste. 

Galeri Foto

Tarikh : 20 Jun 2020

Masa : 2.00 petang - 4.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Sementara sekolah masih belum di buka sepanjang PKPP ini, pelajar memanfaatkan aktiviti dengan ulangkaji pelajaran dan menambah ilmu pengetahuan.

Aktiviti

Untuk mengukuhkan lagi pemahaman dan teknik penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian, rujukan laman web subjek English https://www.easyenglish.com/ menjadi sumber pembelajaran kali ini. 

Galeri Foto

Tarikh : 20 Jun 2020

Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memahirkan teknik menaip dan penguasaan komputer kepada pelajar ini khususnya penggunaan papan kekunci.

Aktiviti

Di beri penerangan akan penggunaan komputer khususnya huruf dan simbol di papan kekunci. Juga di beri sesi latihan asas menaip mengikut kepantasan masa. 

Galeri Foto

Tarikh : 20 Jun 2020

Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kala ini terlalu ramai orang yang berkongsi perkara yang tidak sahih biarpun di kalangan kanak-kanak. Oleh itu untuk mendapatkan maklumat yang sahih kita perlu melayari laman web yang diperakui sah seperti sebenarnya.my. 

Aktiviti

Pelajar ini dimaklumkan akan kewujudan laman web Sebenarnya.my ini dan fungsinya. Mereka juga diberikan tugasan dengan mencari berita palsu di sosial media dan cuba untuk mencari kebenaran melalui pencarian fakta di laman web ini.

Galeri Foto

Tarikh : 17 Mac 2020

Masa : 10.30 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kala ini terlalu ramai orang yang berkongsi perkara yang tidak sahih biarpun di kalangan kanak-kanak. Oleh itu untuk mendapatkan maklumat yang sahih kita perlu melayari laman web yang diperakui sah seperti sebenarnya.my. Apatah lagi penularan info yang diragui kebenarannya melalui sosial media dan aplikasi Whatsapp seperti info wabak Covid-19.

Aktiviti

Pelajar ini membuka laman web sebenarnya.my dan membaca info sahih yang terdapat di laman web tersebut. Pelajar ini juga di beri nasihat agar tidak berkongsi info yang belum pasti kebenarannya dan sering merujuk laman web yang betul sebagai rujukan. 

Galeri Foto