Tarikh : 15 Februari 2020

Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kelas ulangkaji diteruskan. Menggalakkan pelajar untuk memilih pusat internet sebagai tempat mencari bahan ilmu di internet. 

Aktiviti

Memantapkan lagi ilmu pemahaman dan komunikasi bahasa Inggeris. Minggu ini mengenali kata kerja dan penggunaan kata kerja yang betul untuk digunakan. Laman web https://www.gingersoftware.com menjadi rujukan. 

Galeri Foto

Tarikh : 15 Februari 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Menggalakkan pelajar untuk menggunakan pusat internet sebagai platform pembelajaran. 

Aktiviti

Kelas tambahan Matematik dengan ulangkaji di internet. Menghafal sifir dan mengira kiraan matematik dengan betul merujuk sumber internet. Juga penglibatan aktiviti seperti kuiz kiraan terpantas dan hafalan sifir dengan betul membuatkan pelajar rasa teruja.

Galeri Foto 

Tarikh : 09 Februari 2020

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Bertujuan untuk memaklumkan juga pada pelajar terdapat permainan online yang menyeronokkan sambil menimba ilmu. 

Aktiviti

The Hidden Object satu lagi permainan online yang amat di gemari oleh pelajar sekolah ini. Permainan ini dapat membantu para pelajar untuk melihat dan teliti dalam melakukan sesuatu perkara. Tambahan permainan ini amat menyeronokkan dan mampu bersaing secara sihat dengan rakan pelajar yang lain. 

Galeri Foto

Tarikh : 09 Februari 2020

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kala ini terlalu ramai orang yang berkongsi perkara yang tidak sahih biarpun di kalangan kanak-kanak. Oleh itu minggu ini konsep dan penerangan kesan jika berkongsi perkara yang tidak benar dibincangkan dan pengenalan laman web sebenarnya.my diperkenalkan. Mobile E-waste juga diterangkan secara terperinci sebagai info tambahan.

Aktiviti

Pelajar ini membuka laman web sebenarnya.my dan membaca info sahih yang terdapat di laman web tersebut. Pelajar ini juga di beri nasihat agar tidak berkongsi info yang belum pasti kebenarannya dan sering merujuk laman web yang betul sebagai rujukan. 

Selain itu, aktiviti mengenal pasti barangan yang boleh dihapuskan melalui kempen Mobile E-Waste juga diperkenalkan. Tayangan video dan sesi penerangan dilakukan untuk memastikan pelajar lebih jelas akan konsep Mobile E-waste. 

Galeri Foto

Tarikh : 09 Februari 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Bertujuan untuk memaklumkan juga pada pelajar terdapat permainan online yang menyeronokkan sambil menimba ilmu. 

Aktiviti

Hujung minggu yang bermanfaat dengan mengisi masa bermain permainan online tetapi dengan unsur pendidikan. Puzzles game dapat membantu daya pemikiran kanak-kanak dengan berfikir secara cepat dan mampu menyelesaikan masalah dengan baik. 

Galeri Foto