Tarikh : 04 Januari 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memupuk para pelajar ini untuk mempunyai gaya hidup yang lebih teratur di samping menambah ilmu dalam ilmu komputer dan digital.

Aktiviti

Para pelajar di beri penerangan untuk menghasilkan jadual belajar/harian sendiri dan perlu menghasilkannya di Microsoft Publisher. Mereka juga boleh merujuk contoh jadual di dalam internet sebagai panduan.

Galeri Foto 

Tarikh : 23 Disember 2019

Masa : 2.30 petang - 3.30 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Membantu gologan dewasa ini memahami dan mempelajari penggunaan online banking untuk tujuan pemindahan wang dan pembelian barangan online.

Aktiviti

Platform seperti maybank2u.com digunakan untuk tujuan pembelajaran. Manakala Lazada.com sebagai medan pembelian barangan secara online. 

Galeri Foto

Tarikh : 16 Disember 2019

Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Menggalakkan pelajar untuk terus ulangkaji pelajaran biarpun pada cuti sekolah dan memperkenalkan teknik belajar secara online.

Aktiviti

Latih tubi subjek Matematik untuk pelajar ini yang rata-rata akan mengambil UPSR pada tahun hadapan. Rujukan di https://upsronline.com dan bantuan petugas pusat internet sedikit sebanyak membantu pelajar untuk terus mengetahui formula dan teknik pembelajaran yang berkesan. 

Galeri Foto

Tarikh : 16 Disember 2019

Masa : 2.30 petang - 3.30 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kempen kesedaran diteruskan dikalangan kanak-kanak  yang tertedah dengan dunia digital tanpa sempadan.

Aktiviti

Kali ini topik yang di bincangkan ialah mengenal pasti maklumat yang benar atau palsu samada bersesuaian untuk di kongsi atau tidak. Mereka diperkenalkan dengan konsep dan maksud 5 JARI iaitu Kesahihan, Ketepatan, Semasa, Liputan dan Objektif yang dapat diaplikasikan sebelum berkongsi maklumat. Tayangan video juga disediakan.

Galeri Foto

Tarikh : 15 Disember 2019

Masa : 2.00 petang - 3.30 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Biarpun cuti sekolah, ulangkaji pelajaran tidak dilupakan dan memilih pusat internet sebagai tempat mencari maklumat pelajaran.

Aktiviti

Subjek Sains menjadi pilihan dan proses hidup tumbuhan dibincangkan. Pelajar mencari maklumat dan berkongsi ilmu sesama rakan dengan di bantu oleh petugas pusat internet. Pelajar sekolah rendah ini juga menjawab soalan online di https://upsronline.com

Galeri Foto