Tarikh : 05 Februari 2020

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Dewasa / Usahawan

 

Tujuan

Memperkasa ilmu ICT di kalangan orang dewasa khususnya usahawan tempatan. Memperkenalkan aplikasi online untuk membantu hasil perniagaan seperti ciptaan flyers dan sebagainya. 

Aktiviti

Peserta ini di beri tunjuk ajar untuk menghasilkan flyers yang cantik dan sesuai dengan perniagaan mereka. Aplikasi di https://www.postermywall.com menjadi salah satu rujukan mudah untuk mencipta hasil kreatif mereka. Rata-rata mengatakan aplikasi ini lebih mudah dan hanya perlu mengubah mengikut kehendak masing-masing. Terdapat juga aktiviti tambahan seperti kemaskini Dashboard Komuniti.

Galeri Foto

Tarikh : 02 Februari 2020

Masa : 2.00 petang - 4.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kelas ulangkaji diteruskan. Menggalakkan pelajar untuk memilih pusat internet sebagai tempat mencari bahan ilmu di internet. 

Aktiviti

Subjek Sains dengan topik ekosistem menjadi pembelajaran kali ini. Petugas pusat internet juga memberi tunjuk ajar dalam mencari info di internet. Rata-rata pelajar mudah memahami dan bersetuju, selain buku sumber daripada internet juga diperlukan. 

Galeri Foto

Tarikh : 01 Februari 2020

Masa : 2.30 petang - 3.30 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Teknik pembelajaran secara online diteruskan di samping menerapkan sistem ulangkaji pelajaran di pusat internet di kalangan pelajar sekolah.

Aktiviti

Pelajar ini mencari maklumat berkaitan taburan penduduk di Malaysia yang merangkumi jumlah penduduk mengikut jantina. Laman web https://www.mycensus.gov.my  dan beberapa laman web lain menjadi sumber rujukan dengan bantuan dan tunjuk ajar petugas dengan pendekatan memahami info carian dengan mudah.  

Galeri Foto

Tarikh : 02 Februari 2020

Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengah hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Membantu peserta kali ini mengetahui tahap keselamatan kata laluan yang digunakan. Juga mengetahui kepentingan menjaga kata laluan dengan selamat agar tidak disalahgunakan oleh orang lain.

Aktiviti

Petugas memberi penerangan petingnya menjaga kata laluan dengan baik dan mencipta kata laluan dengan aksara yang betul. Mereka juga di minta untuk menilai tahap keselamatan kata laluan mereka di http://www.passwordmeter.com dan merubah sekiranya kata laluan yang di gunakan di level 'lemah' atau weak

Galeri Foto

Tarikh : 19 Januari 2020

Masa : 2.30 petang - 3.30 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Gejala buli cyber semakin berleluasa di kalangan masyarakat kita. Tidak terkecuali di kalangan pelajar sekolah. Oleh itu, kempen Klik Dengan Bijak diteruskan dengan topik kali ini ialah Buli Cyber.

Aktiviti

Contoh Video ditayangkan untuk gambaran lebih jelas berkaitan buli cyber. Penerangan juga di beri untuk pelajar ini lebih memahami akan kesan dan keburukan menjadi pembuli atau mangsa buli cyber. Juga diterangkan langkah yang perlu di ambil sekiranya menjadi mangsa atau melihat gejala buli cyber.

Galeri Foto