Tarikh : 09 Februari 2020

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kala ini terlalu ramai orang yang berkongsi perkara yang tidak sahih biarpun di kalangan kanak-kanak. Oleh itu minggu ini konsep dan penerangan kesan jika berkongsi perkara yang tidak benar dibincangkan dan pengenalan laman web sebenarnya.my diperkenalkan. Mobile E-waste juga diterangkan secara terperinci sebagai info tambahan.

Aktiviti

Pelajar ini membuka laman web sebenarnya.my dan membaca info sahih yang terdapat di laman web tersebut. Pelajar ini juga di beri nasihat agar tidak berkongsi info yang belum pasti kebenarannya dan sering merujuk laman web yang betul sebagai rujukan. 

Selain itu, aktiviti mengenal pasti barangan yang boleh dihapuskan melalui kempen Mobile E-Waste juga diperkenalkan. Tayangan video dan sesi penerangan dilakukan untuk memastikan pelajar lebih jelas akan konsep Mobile E-waste. 

Galeri Foto