Tarikh : 26 Julai 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kempen kesedaran berkaitan perkongsian maklumat palsu yang kian tular kini.

Aktiviti

Tayangan video dan perkongsian laman web sebenarnya.my kepada pelajar ini agar lebih tahu akan fakta yang di kongsi adalah benar atau tidak.

Galeri Foto

Tarikh : 25 Julai 2020

Masa : 11.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memperingati sejarah wujudnya perayaan Aidil Adha dan memahami pengertian korban dalam kehidupan seharian. Juga imbas kembali kisah sejarah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Aktiviti

Menonton video sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Sesi soal jawab dan perkongsian sejarah Aidiladha melalui sumber internet yang sah. https://tzkrh.com/sejarah-dan-asal-usul-munculnya-hari-raya-aidiladha/ & https://www.youtube.com/watch?v=QQDUuQXfjCM

Galeri Foto

Tarikh : 19 Julai 2020

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Sebagai persediaan pelajar melangkah ke alam sekolah setelah sekian lama 'bercuti' berikutan pandemik Covid-19. Ulangkaji pelajaran dilaksanakan. 

Aktiviti

Subjek pilihan bahasa Inggeris dengan tugasan cipta karangan pendek. Pelajar bebas memilih sebarang topik dan diceritakan di dalam karangan dengan bantuan penterjemahan Google. 

Galeri Foto

Tarikh : 25 Julai 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kempen kesedaran terhadap kes-kes pembulian di alam cyber yang perlu di ambil tahu oleh semua lapisan masyarakat agar tidak terus berleluasa sehingga boleh membinasakan sesiapapun.  

Aktiviti

Tayangan video berkaitan buli cyber dan sesi penerangan berkaitan natijah dan cara atasinya. Pelajar ini juga di beritahu contoh buli cyber yang wujud di kalangan masyarakat kita. 

Galeri Foto

Tarikh : 19 Julai 2020

Masa : 11.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Untuk mendapatkan maklumat yang sahih kita perlu melayari laman web yang diperakui sah seperti sebenarnya.my. 

Aktiviti

Pelajar ini dimaklumkan akan kewujudan laman web Sebenarnya.my ini dan fungsinya. Mereka juga dilantik untuk menjadi 'agent' berita benar dengan sentiasa menyalurkan berita sahih dan betul melalui sumber laman web yang sah.

Galeri Foto