Tarikh : 17 Mac 2020

Masa : 10.30 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kala ini terlalu ramai orang yang berkongsi perkara yang tidak sahih biarpun di kalangan kanak-kanak. Oleh itu untuk mendapatkan maklumat yang sahih kita perlu melayari laman web yang diperakui sah seperti sebenarnya.my. Apatah lagi penularan info yang diragui kebenarannya melalui sosial media dan aplikasi Whatsapp seperti info wabak Covid-19.

Aktiviti

Pelajar ini membuka laman web sebenarnya.my dan membaca info sahih yang terdapat di laman web tersebut. Pelajar ini juga di beri nasihat agar tidak berkongsi info yang belum pasti kebenarannya dan sering merujuk laman web yang betul sebagai rujukan. 

Galeri Foto