Tarikh : 18, 19 & 21 Ogos 2020

Masa : 2.30 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Satu pertandingan poster telah dijalankan di seluruh pusat Internet di bawah kelolaan TM & MSD Sdn Bhd, di mana menggalakkan peserta untuk terus mahir dalam penggunaan digital masa kini. Pertandingan terbuka kepada pelajar sekolah di antara 7-17 tahun dan bertemakan " Pusat Internet Pemangkin Komuniti Digital".

Aktiviti

Peserta di beri penerangan secara terperinci berkaitan pertandingan ini dan di beri tunjuk ajar serba sedikit sebelum menghasilkan poster tersebut. Pelajar dibenarkan menggunakan aplikasi penghasilan poster yang terdapat di internet. Pertandingan ini telah dijalankan selama 3 hari pada 18, 19 & 21 Ogos 2020. 

Aktiviti ini juga dilakukan dengan penuh teliti dan membantu mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti pembelajaran teknik editing dan pemilihan gambar yang baik untuk menghasilkan poster. Rata-rata pelajar berasa teruja dan mengharap akan 'membuahkan hasil' dalam merebut tempat kemenangan pertandingan poster ini.

Galeri Foto

Tarikh : 15 Ogos 2020

Masa : 9.30 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Usahawan

 

Tujuan

Melahirkan usahawan online yang bijak dalam pengurusan perniagaan secara atas talian. Platform Shoppe menjadi pilihan. Peserta juga berpeluang menyertai pertandingan 'Usahawan Baru Online Pusat Internet' yang diadakan di Pusat Internet seluruh negara di bawah kelolaan syarikat TM & MSD. 

Aktiviti

Penerangan secara mendalam pembukaan akaun Shoppe dan format pertandingan yang akan dijalankan. Peserta setiap sesi menjalankan perniagaan secara offline sebelum ini mencuba untuk mengembangkan perniagaan dalam talian sekaligus merebut peluang kemenangan sehingga RM 4000.

Galeri Foto 

Tarikh : 09 Ogos 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kelas asas komputer khusus untuk pelajar sekolah untuk memahirkan mereka dalam penggunaan komputer. 

Aktiviti

Pelajar di beri penerangan secara mendalam dalam penggunaan Microsoft Office dan sesi ujian ringkas juga dijalankan. 

Galeri Foto

Tarikh : 13 Ogos 2020

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Memahirkan peserta dengan aplikasi online dalam menghasilkan poster mengikut kreativiti masing-masing.

Aktiviti

Pelajar di beri taklimat dalam menggunakan aplikasi secara online seperti Postermywall & Canva untuk menghasilkan poster yang cantik dan bagus. khusus untuk usahawan yang berniaga.

Galeri Foto

Tarikh : 08 Ogos 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kelas asas komputer khusus untuk pelajar sekolah yang merangkumi asas Microsoft Word dan Powerpoint untuk memahirkan mereka dalam penggunaan komputer. 

Aktiviti

Pelajar di beri penerangan secara mendalam dalam penggunaan Microsoft Office dan Powerpoint dan sesi ujian ringkas juga dijalankan. 

Galeri Foto