Tarikh : 11 Oktober 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Belajar memperbanyakkan bahasa di dalam diri. Tidak tertumpu penguasaan bahasa melayu dan Inggeris, penambahan belajar bahasa mandarin biarpun pada peringkat asas adalah digalakkan.

Aktiviti

Belajar membina ayat dalam bahasa mandarin dengan rujukan dari laman web antaranya https://ms.glosbe.com dan membuat latihan mudah untuk lebih mahir dan mengingati ayat. 

Galeri Foto

Tarikh : 10 Oktober 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Belajar memperbanyakkan bahasa di dalam diri. Tidak tertumpu penguasaan bahasa melayu dan Inggeris, tidak salah belajar bahasa mandarin biarpun pada peringkat asas. 

Aktiviti

Belajar menyebut beberapa perkataan dalam perbualan harian dengan rujukan video saluran Youtube Kuntum https://www.youtube.com/channel/UCyqL28Snl3rTso1QNIQkp0Q. Aktiviti lain, sesi perkongsian kisah penyebaran makluman yang tidak sah dan ketahui laman web yang betul untuk mendaptkan info tepat seperti sebenarnya.my

Galeri Foto

 

Tarikh : 08 Oktober 2020

Masa : 2.00 petang - 3.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Kempen kesedaran berkaitan Klik Dengan Bijak khusus isu penyebaran maklumat palsu dan tidak sahih yang kian berleluasa dengan kempen 'Sabar Sebelum Sebar'.

Aktiviti

Sesi penerangan oleh sukarelawan MIV 2020 kepada peserta kelas yang hadir. Sesi berkongsi pengalaman dan penerangan laman web sebenarnya.my juga sebagai subjek perbincangan kali ini.

Galeri Foto

 

Tarikh : 08 Oktober 2020

Masa : 3.00 petang - 4.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Membantu usahawan menghasilkan ayat kreatif dalam dunia perniagaan dengan konsep A.I.D.A iaitu Awareness, Interest, Desire dan Action.

Aktiviti

Peserta di beri secara terperinci maksud A.I.D.A dalam dunia perniagaan. Latihan asas seperti menghasilkan petikan ayat berdasarkan term tersebut dengan menggunakan barangan jualan mereka sebagai subjek.  

Galeri Foto

Tarikh : 04 Oktober 2020

Masa : 11.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memahirkan pelajar dalam urusan menaip di komputer di samping mengenali komponen komputer yang lain beserta fungsinya.

Aktiviti

Pelajar di beri penerangan susunan dan fungsi papan kekunci agar lebih faham dan tahu menggunakannya dengan betul dan selesa termasuk kedudukan jari. Untuk lebih mahir, latihan menaip juga dilakukan. 

Galeri Foto