Tarikh : 6 Ogos 2022

Masa : 2.30 Ptg - 3.30 Ptg

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memupuk semangat setiap pelajar menyambut bulan kebangsaan Malaysia dengan mewarna bendera Malaysia. Bendera Malaysia atau dikenali sebagai Jalur Gemilang adalah mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara ini, di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan ianya menjadi simbol untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang.

Aktiviti

Aktiviti mewarna yang pasti memberi keceriaan kepada pelajar ini dengan melayari laman sesawang di https://www.supercoloring.com/coloring-pages/flag-of-malaysia?colore=online 

Galeri Foto

Tarikh : 6 Ogos 2022

Masa : 10.45 Pagi - 11.45 Pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

My Daily Routine adalah subtopik english darjah 4&5. Dalam subtopik ini pelajar diajar mengenai kehidupan seharian dalam bahasa inggeris. Sebagai contoh, saya bangun pagi pada pukul 6.30 pagi setiap hari. Dalam bahasa inggeris I wake up at 6.30 in the morning everyday.

Aktiviti

Pelajar diberi keterangan oleh pengajar mengenai kehidupan seharian setiap mereka. Pengajar memberi latihan untuk membuat ayat yang ringkas tapi padat mengenai kehidupan seharian setiap pelajar.

Galeri Foto

Tarikh : 24 Julai 2022

Masa : 9.00 Pagi - 10.30 Pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Cahaya kelihatan bergerak daripada sumber cahaya. Pergerakan ini adalah dalam garis lurus. Cahaya bergerak secara lurus. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya yang bergerak lurus dihalang oleh sesuatu objek. Kejelasan bayang-bayang yang terbentuk mungkin berbeza mengikut jenis objek yang menghalangnya, iaitu sama ada lut sinar, lut cahaya atau legap

Aktiviti

Pelajar diberi keterangan oleh pengajar mengenai cahaya. Setelah pelajar diberi penerangan, pengajar memberi soalan untuk pelajar menjawab. Soalan yang diberikan untuk mengetahui kefahaman setiap pelajar.

Galeri Foto

Tarikh : 24 Julai 2022

Masa : 10.45 Pagi - 11.45 Pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Wang adalah salah satu subtopik dalam subjek matematik. Subtopik ini mengajar setiap pelajar nilai mata wang di setiap negara. Penyelesaian wang adalah yang dipelajari oleh pelajar untuk memahami konsep kurang atau tambah wang, penggunaan wang dan lain-lain.

Aktiviti

Pelajar diberi keterangan oleh pengajar mengenai pengurusan wang. Pengajar memberi satu masalah yang perlu setiap pelajar selesaikan. Setelah selesai, pengajar berdiskusi dengan pelajar cara penyelasaian masalah tersebut. 

Galeri Foto

Tarikh : 23 Julai 2022

 Masa : 10.45 Pagi - 11.45 Pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Discussion adalah satu sesi pengajar untuk menolong setiap pelajar menjawab dengan betul dan tepat. Setiap soalan yang diberikan pelajar perlu memahami dan menjawab dengan jawapan yang tepat. Dengan discussion bersama pengajar ini dapat membantu setiap pelajar.

Aktiviti

Pelajar diberi soalan yang berbentuk dialog atau satu iklan promosi untuk dibaca dan difahami. Setelah baca soalan tersebut perlu menjawab setiap soalan yang diberikan dan discuss bersama pengajar.

Galeri Foto