Tarikh : 14 Ogos 2022

Masa : 2.15 Petang - 3.15 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Preposisi ialah perkataan atau kumpulan perkataan yang digunakan sebelum kata nama, kata ganti, atau frasa nama untuk menunjukkan arah, masa, tempat, lokasi, hubungan ruang, atau untuk memperkenalkan objek. Beberapa contoh kata depan ialah perkataan seperti "dalam," "pada," "pada," "daripada," dan "kepada."

Aktiviti

Setiap pelajar diberi latihan modul yang telah disediakan oleh pengajar. Pelajar perlu melihat dengan teliti setiap objek berada di mana dan nyatakan kepada pengajar.

Galeri Foto

Tarikh : 13 Ogos 2022

Masa : 4.45 Petang - 5.45 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Pelajar mempelajari matematik topik wang. Setiap pelajar diajar cara penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian dalam jumlah wang yang besar. Subtopik ini mengajar setiap murid untuk mengukuhkan asas matematik yang di ajar pada awal tahun dan diaplikasikan di setiap subtopik antaranya wang.

Aktiviti

Setiap pelajar diberi latihan modul yang telah disediakan oleh pengajar. Pelajar perlu mengikuti setiap jalan kerja yang diajar oleh pengajar. Di akhir nanti, pengajar akan memberi kuiz untuk mengetahui kefahaman setiap pelajar selepas membuat latihan.

Galeri Foto

Tarikh : 7 Ogos 2022

Masa : 2.30 Petang - 3.30 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memupuk semangat anak muda dengan penerangan dan kuiz berkaitan kemerdekaan. Juga dimaklumkan boleh dapat info berguna dengan menggunakan teknologi masa kini. Banyak info yang mereka boleh dapat dari kuiz ini.

Aktiviti

Jawab kuiz merdeka online: https://wordwall.net/ms/resource/19656988/kuiz-kemerdekaan-2021 

Galeri Foto

Tarikh : 13 Ogos 2022

Masa : 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Melukis Jalur Gemilang adalah salah satu aktiviti yang dilakukan untuk setiap pelajar bagi mengingatkan mereka kepada bendera malaysia iaitu Jalur Gemilang. Dari segi warna, jalur, bentuk dan lain-lain, mereka perlu mengetahui kesemua aspek dari maksud yang tersembunyi di bendera Jalur Gemilang.

Aktiviti

Setiap pelajar diminta untuk membuka Microsoft Publisher dan mula untuk melukis Bendera Jalur Gemilang beserta warna setiap jalur , bulan dan bintang. Pengajar memberi markah dan umumkan pemenang untuk pertandingan melukis bendera Jalur Gemilang.

Galeri Foto

Tarikh : 7 Ogos 2022

Masa : 10.45 Pagi - 11.45 Pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Pernafasan adalah subtopik dalam subjek Sains. Manusia bernafas untuk hidup. Manusia bernafas dari hidung dan hembus nafas melalui mulut. itu adalah cara yang betul untuk bernafas. Organ yang terlibat dalah hidung , trakea, peparu dan mulut. Udara yang disedut oleh setiap manusia adalah dinamakan oksigen. 

Aktiviti

Pelajar diberi keterangan oleh pengajar mengenai pernafasan pada manusia. Pengajar memberi latihan kepada pelajar untuk memantapkan lagi pembelajaran dan menguji kefahaman mereka.

Galeri Foto