Tarikh : 6-16 September 2022

Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto,                 Pasar Rabu Felda Soeharto, MIHAS                     Kuala Lumpur, Pesta Jelajah                                 Permainan Sg.Tengi

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Road Tour Miv Felda Soeharto di Program Domain MYNIC.MY, Program Malaysia International Halal Showcase (MIHAS) 2022,Tapak Pasar Rabu Felda Soeharto, Pesta Jelajah Permainan Sg Tengi, Program Hari Bertemu Pelangan bersama AIR Selangor dan Program Hari Malaysia 2022, peserta Miv Felda Soeharto memberi maklumat kepada orang awam untuk klik dengan bijak mengenai maklumat palsu dan berkongsi secara lebihan.

Aktiviti

Peserta MIV Felda Soeharto diberi tugasan untuk mengedarkan flyers kepada orang awam di setiap tempat dan program yang mereka ikuti. Flyers mengenai Klik Dengan Bijak ini diterangkan oleh setiap peserta MIV Felda Soeharto.

Galeri Foto

Tarikh : 14 September 2022

Masa : 10.00 pagi - 3.00 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Air Selangor ialah pengendali air terbesar di Malaysia, mengedarkan air bersih dan selamat kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Air Selangor menyediakan aplikasi Air Selangor yang boleh didapati di Google Playstore. Air Selangor juga menyediakan Skim Air Darul Ehsan iaitu setiap 20 meter padu air akan dipotong setiap bil air yang dapat. Air Selangor juga sedia menerima aduan atau maklumbalas dari pelanggan secara bersemuka.

Aktiviti

Pihak Air Selangor membantu pelanggan menyemak permohonan Skim Air Darul Ehsan dan mengisi permohonan jika masih belum memohon. Pihak Air selangor juga membantu pelanggan untuk muat turun aplikasi Air Selangor dan mendaftar masuk untuk memudahkan pelanggan mengetahui info-info terbaru dan boleh menyemak jumlah bil air yang perlu di bayar. Selain itu, MIV Felda Soeharto menjalankan tugas untuk mengedar flyers mengenai Klik Dengan Bijak kepada komuniti.

Galeri Foto

Tarikh : 6 September 2022

Masa : 10.30 Pagi - 11.30 Pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

MYNIC ialah pendaftaran domain .MY rasmi yang diiktiraf oleh ICANN (Internet Corporation for Assigned Names and Numbers). MYNIC ini membuat setiap usahawan mempunyai alamat blog sendiri menggunakan domain MYNIC ini. 

Aktiviti

Rakan Digital memberi keterangan mengenai MYNIC ini kepada usahawan dan membuat praktikal di komputer untuk menghasilkan domain.my mereka sendiri. Selain itu, MIV Felda Soeharto memberi keterangan mengenai KLIK DENGAN BIJAK kepada mereka.

Galeri Foto

Tarikh : 10 September 2022

Masa : 3.30 Petang - 4.30 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Editing picture online adalah mengedit satu gambar menggunakan aplikasi dalam talian. Editing ini membina kreativiti setiap pelajar dalam mengedit satu gambar menjadi gambar yang menarik.

Aktiviti

Setiap pelajar diberi masa selama 30 minit untuk mengedit gambar yang telah diberikan mengikut kreativiti masing-masing. Link  yang diberikan oleh pengajar: https://pixlr.com/e/#editor 

Galeri Foto

Tarikh : 5 September 2022

Masa : 2.30 Petang - 3.30 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Teka silang kata adalah salah satu aktiviti setiap pelajar untuk mencari setiap perkataan yang tersembunyi di dalam huruf-huruf yang bercampur. Aktiviti ini untuk memberi pelajar kecerdasan dan menggunakan deria mata untuk mencari perkataan.

Aktiviti

Setiap pelajar diberi latihan dalam talian yang telah disediakan oleh pengajar. Pelajar diberi masa selama 5 minit untuk menyelesaikan silang kata tersebut. Link latihan yang diberikan oleh pengajar:https://wordwall.net/ms/resource/20015099/teka-silang-kata-bahasa-melayu-sekolahku-tercinta  

Galeri Foto