Tarikh : 24 Jun 2022

Masa : 3.30 Petang - 4.30 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Bengkel asas keusahawanan ini dijalankan bagi memberi tambahan pengetahuan untuk usahawan berniaga di atas talian atau di mana-mana platform niaga. Antara program yang dibuat adalah sunting imej produk. Risalah atau flyers adalah paling penting untuk usahawan mempromosikan produk di atas talian. Oleh itu, usahawan perlu mempelajari bagaimana membuat risalah untuk mempromosikan produk kepada pelanggan.

Aktiviti

Pengajar mengajar sunting imej produk menggunakan Microsoft Publisher. Mereka perlu sunting produk mereka mengikut kreativiti masing2 untuk menarik perhatian pelanggan. Setelah selesai, mereka perlu mengedar risalah produk kepada pelanggan atau atas talian. 

Galeri Foto