Tarikh : 27 September 2020

Masa : 11.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kempen kesedaran berkaitan Klik Dengan Bijak khusus isu Cyber Grooming di kalangan masyarakat kini samada secara online atau offline.

Aktiviti

Tayangan video berkaitan kempen cegah Cyber Grooming oleh SKMM. Juga sesi soal jawab dan berkongsi cerita berkaitan topik yang dibincangkan.

Info :

Cyber Grooming ialah satu cara pemangsa  memerangkap kanak-kanak untuk menjadikan sasaran untuk diperdaya secara atas talian khususnya dalam isu seksualiti dengan menyamar atau tipu helah seperti menjadi 'rakan baik' di sosial media. Jika ia terjadi segera laporkan di talian 15999.

Galeri Foto 

Tarikh : 27 September 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih Pusat Internet sebagai platform pembelajaran.

Aktiviti

Mencari maklumat di laman web yang betul berkaitan subjek pilihan minggu ini iaitu Matematik. Mengubah skeptikal pelajar bahawa Matematik adalah susah tidak benar dengan menunjukkan kelas dan teknik belajar secara online. Latih tubi secara online juga diberikan melalui laman web https://upsronline.com

Galeri Foto

Tarikh : 23 September 2020

Masa : 3.00 petang - 4.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Menyemai dalam diri berkaitan penggunaan komputer & internet dengan baik dan betul di kalangan masyarakat.

Aktiviti 

Ahli MIV melakukan pembentangan dan penerangan kepada orang awam berkaitan konsep Klik Dengan Bijak, dengan topik melahirkan pengguna internet yang bijak. Dilakukan juga, ikrar untuk menaikkan semangat peserta yang hadir. 

Galeri Foto

Tarikh : 23 September 2020

Masa : 4.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Membantu peserta cara untuk mencipta kata laluan yang mudah dan selamat.

Aktiviti

Peserta di minta untuk mencipta kata laluan secara atas talian untuk kenal pasti samada selamat atau sesuai digunakan atau tidak. Juga aktiviti kemaskini maklumat dan informasi di Dashboard Komuniti. 

Galeri Foto

 

Tarikh : 23 September 2020

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Guru Tabika Kemas Hulu Selangor

 

Tujuan

Membantu para petugas Tadika Kemas Hulu Selangor dalam penggunaan komputer untuk kerja kursus yang dilakukan. Juga menyediakan tempat dan perkhidmatan pusat internet dengan baik untuk keselesaan mereka.

Aktiviti

Sesi taklimat Klik Dengan Bijak dijalankan terlebih dahulu. Kelas komputer juga diadakan seperti Microsoft Excel dan Word untuk rujukan mereka. Seramai 10 petugas daripada Tabika Kemas Hulu Selangor hadir dan semua mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang ditetapkan.  

Galeri Foto