Tarikh : 27 Ogos 2020

Masa : 3.00 petang - 5.00 petang

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Pertandingan ini melibatkan komuniti sekitar Pusat Internet Felda Soeharto. Peserta perlu kongsikan video mengubah kraftangan bersama-sama keluarga sempena hari merdeka di FB Pusat Internet. Tujuannya untuk merapatkan jurang digital dan ukhuwah sesama keluarga di bulan merdeka dan dalam mencegah virus covid-19.

Aktiviti

Pertandingan bermula awal bulan Ogos dan berakhir pada 25 Ogos 2020. Pemenang di kira berdasarkan LIKE terbanyak di Facebook rasmi Pusat Internet Felda Soeharto dan bertemakan ciptaan kraftangan daripada barangan terpakai dengan berkonsepkan bulan merdeka. Top 3 pemenang ialah : 

🥇- Rohayu Ayob (Hiasan Bekas Kuih)
🥈- Nurhasni (Kipas Jalur Gemilang)
🥉- Safiyyah (Cekak Rambut Terpakai)
 
Tahniah kepada pemenang dan semua peserta. Terima kasih juga kepada  yang sudi LIKE & SHARE video peserta di Facebook Pusat Internet Felda Soeharto. Kehadiran terdiri daripada peserta yang tidak lebih 20 orang & pematuhan SOP yang ditetapkan.
 

Tarikh : 23 Ogos 2020

Masa : 11.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Aktiviti komputer yang menyeronokkan. Membantu pelajar meluahkan kreativiti dalam berfikir dan mengetahui pembelajaran mewarna yang menyeronokkan juga ada di internet.

Aktiviti

Mewarna gambar pilihan mereka sendiri dengan gaya kreativiti yang menakjubkan. Laman web http://www.coloringpages4u.com/ menjadi rujukan.

Galeri Foto

Tarikh : 22 Ogos 2020

Masa : 11.00 pagi - 12.00 t/hari

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Permainan komputer yang menyeronokkan. Membantu pelajar berfikir dengan lebih baik dan kreatif dalam menyelesaikan masalah.

Aktiviti

Puzzle pendidikan yang mudah membuatkan pelajar berasa gembira untuk mencuba. Sumber : Jigsaw Puzzle

Galeri Foto

Tarikh : 23 Ogos 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Membantu dan mengajar pelajar dalam menghasilkan poster yang cantik dan bagus. Masa kini teknik penghasilan poster sangat penting seiring dengan dunia digital yang kian berkembang untuk tujuan pendidikan atau kerja sekolah.

Aktiviti

Mereka cipta poster kegemaran sendiri mengikut kreativiti sendiri di laman web Canva (www.canva.com). 

Galeri Foto

Tarikh : 22 Ogos 2020

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Internet Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memahirkan pelajar ini dalam penggunaan komputer khususnya dalam mengenal pasti kompunen asas menaip.

Aktiviti

Pelajar di beri secara ringkas akan teknik menaip dengan betul dan melakukan sedikit latihan asas dalam menaip melalui laman web https://10fastfingers.com/typing-test/malaysian

Galeri Foto