Tarikh : 15 Oktober 2022

Masa : 7.30 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Dewan Komuniti Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Miv Felda Soeharto pada kali ini berada di Program Komuniti Maulidur Rasul di Dewan Komuniti Felda Soeharto. Program MIV Komuniti adalah Program Sukarelawan ICT untuk membantu komuniti meningkatkan kemahiran ICT dan memberi Kesedaran Advokasi kepada komuniti sekitar.
 

Aktiviti

Peserta MIV Felda Soeharto diberi tugasan untuk memberi kesedaran dan mengedarkan risalah mengenai tips untuk melindungu diri dari scammer dan langkah-langkah keselamatan ketika melayari internet.

Galeri Foto

Tarikh : 11 Oktober 2022

Masa : 2.30 petang - 4.30 petang

Tempat : Perpustakaan Pekan Hulu Bernam, Selangor

Peserta : Usahawan

 

Tujuan

Program Keusahawanan Digital PeDAS 2022 diadakan di Perpustakaan Pekan Hulu Bernam. Pengajar mengajar kepada usahawan mengenai keselamatan siber, teknik untuk membuat logo, cara membuat copywriting dan lain-lain. Selain itu, rakan digital PEDi Felda Soeharto membentangkan apa itu shopee dan cara mendaftar. Selain itu juga, sukarelawan ICT (MIV Felda Seharto) membentangkan mengenai klik dengan bijak.

Aktiviti

Pengajar memberi taklimat mengenai asas keusahawanan, Selain itu, rakan digital memberi taklimat mengenai shopee dan terakhir sekali, peserta sukarelawan ICT memberi taklimat mengenai klik dengan bijak.

Galeri Foto

Tarikh : 7 Oktober 2022

Masa : 2.30 Petang - 5.30 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Usahawan

 

Tujuan

Road tour Miv Felda Soeharto pada kali ini berada di Program Keusahawanan Digital di PEDi Felda Soeharto, peserta Miv Felda Soeharto memberi maklumat kepada usahawan tentang: Taklimat Klik Dengan Bijak - Keselamatan kandungan atas talian kepada ibu bapa untuk kanak-kanak.
 

Aktiviti

Peserta MIV Felda Soeharto diberi tugasan memberi taklimat mengenai Klik Dengan bijak. Taklimat Klik Dengan Bijak ini atas tajuk keselamatan kandungan atas talian kepada ibu bapa untuk kanak-kanak.  Peserta MIV perlu memberi soalan kepada usahawan yang berada di situ. Pemenang diberikan hadiah.

Galeri Foto

Tarikh : 8 Oktober 2022

Masa : 10.30 Pagi - 11.30 Pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Ujian komputer dan ICT ini menguji setiap pelajar untuk mengetahui tahap pengetahuan mereka terhadap komputer. Ujian ini dilakukan supaya mereka memahami apa itu komputer dan ICT.

Aktiviti

Pengajar memberi ujian kepada pelajar untuk mengetahui pengetahuan mereka dalam komputer. Pengajar memberi masa selama 5 minit untuk selesaikan ujian tersebut. Pemenang akan diberikan hadiah. 

Galeri Foto

Tarikh : 7 Oktober 2022

Masa : 2.30 Petang - 5.30 Petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Usahawan

 

Tujuan

Program keusahawanan digital ini bertujuan untuk mengajar usahawan bagaimana untuk mereka meningkatkan lagi perniagaan usahawan tersebut. Antara yang mereka pelajari adalah bagaimana hendak mendaftar Go E-Commerce iaitu salah satu platform digital untuk setiap usahawan. Go E-Commerce ini perlu diisi oleh setiap peserta untuk mereka mengikuti kelas yang ada di dalam platform itu. Selain itu, usahawan juga belajar mengenai penjenamaan atau branding.

Aktiviti

Pengajar yang terlatih memberi keterangan kepada usahawan. Selepas memberi keterangan, usahawan perlu mendaftar Go E-Commerce untuk mengikuti kelas ini dan mengisi maklumat yang disediakan.

Galeri Foto