Tarikh : 6 Disember 2022

Masa : 3.00 petang - 5.30 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar SRA Kampung Soeharto

 

Tujuan

Program ini diadakan bersama pelajar tahun 6 SRA Kampung Soeharto. Program yang dijalankan adalah kelas ICT, tayangan video dan Klik Dengan Bijak. Sesi pertama adalah klik dengan bijak. Setiap pelajar perlu menonton video mengenai buli siber dan sexual grooming. Setelah itu, mereka perlu menjawab soalan klik dengan bijak yang telah disediakan oleh pengajar. Setelah selesai, mereka diberi arahan untuk kelas ICT pula. Kelas ICT yang disediakan adalah latihan jawi, ejawi converter dan kuiz khat. Sesi terakhir adalah tayangan video. Tayangan video mengenai kisah para nabi yang terdahulu.

Aktiviti

Sesi pertama pengajar perlu memberi keterangan mengenai klik dengan bijak dan memberi soalan kepada pelajar. Sesi kedua, pengajar memberi latihan ICT kepada setiap pelajar dan sesi terakhir adalah tayangan video kepada setiap pelajar.

Galeri Foto

Tarikh : 4 Disember 2022

Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Klik Dengan Bijak (Click Wisely) adalah sebuah inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet. Buli siber atau gangguan siber adalah sejenis buli yang berlaku dalam talian. Ia dilakukan melalui teks, imej atau video untuk memalukan, mengugut, atau memaki haman mangsa. Mangsa mungkin mendapati sukar untuk melarikan diri kerana pembuli siber ini gigih mengganggu di Internet. Kesan kepada mangsa termasuk rasa rendah diri, membahayakan diri sendiri, sukar mempercayai orang lain dan perubahan dalam personaliti.

Aktiviti

Pengajar memberikan arahan untuk lihat video dan membaca klik dengan bijak mengenai buli siber. Setelah melihat video, pengajar memberikan kuiz kepada setiap pelajar. Link kuiz klik dengan bijak : https://wordwall.net/ms/resource/10778827/kuiz-advokasi-klik-dengan-bijak 

Galeri Foto

Tarikh : 24 November 2022

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Bengkel keusahawanan shopee ini adalah anjuran bersama MCMC dan Shopee. Bengkel ini ingin menerangkan kelebihan dan cara berniaga dalam aplikasi shopee. Apa yang perlu kita ketahui sebelum berniaga dalam shopee. Banyak pengetahuan yang boleh kita perolehi dalam bengkel ini bagi permulaan berniaga sehingga sudah mempunyai syarikat tersendiri.

Aktiviti

Pengajar menerangkan kelebihan berniaga dalam shopee dan bagaimana ingin berniaga di situ. Pengajar juga memberi tips bagaimana untuk meningkatkan perniagaan dalam shopee.

Galeri Foto

Tarikh : 26 November 2022

Masa : 10.30 Pagi - 11.30 Pagi

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Kuiz susun perkataan dan bina ayat secara atas talian ini dilakukan untuk pelajar sekolah. Kuiz ini dilakukan untuk menambah pengetahuan setiap pelajar dan kuiz ini sebagai latihan mereka.

Aktiviti

Pengajar akan memberikan kepada setiap pelajar kuiz . Pengajar memberi kuiz untuk mengetahui kefahaman setiap pelajar. Markah tertinggi akan diberikan hadiah.

Galeri Foto

Tarikh : 17 November 2022

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Usahawan

 

Tujuan

Bengkel asas keusahawanan ini dijalankan bagi memberi tambahan pengetahuan untuk usahawan berniaga di atas talian atau di mana-mana platform niaga. Antara program yang dibuat adalah sunting imej produk menggunakan aplikasi canva. Risalah atau flyers adalah paling penting untuk usahawan mempromosikan produk di atas talian. Oleh itu, usahawan perlu mempelajari bagaimana membuat risalah untuk mempromosikan produk kepada pelanggan dengan menggunakan canva.

Aktiviti

Pengajar mengajar sunting imej produk menggunakan aplikasi canva. Mereka perlu sunting produk mereka mengikut kreativiti masing2 untuk menarik perhatian pelanggan. Setelah selesai, mereka perlu mengedar risalah produk kepada pelanggan atau atas talian seperti shopee, tiktok atau yang lain-lain.

Galeri Foto