Tarikh : 7 Januari 2023

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Orang Awam

 

Tujuan

Program PEDi Cashless Roadshow adalah anjuran MCMC dan Paynet. Program ini diadakan untuk memberi penerangan mengenai pembayaran tanpa tunai. Pada zaman teknologi ini, pembayaran tanpa tunai adalah digalakkan untuk semua komuniti menggunakannya. Ini memudahkan mereka apabila tiada duit tunai di tangan. Pada hari program, pihak paynet memberi penerangan menggunakan kad debit atau qr pay (menggunakan kod qr). Selain itu, ada juga program sukarelawan ICT oleh MIV Felda Soeharto, pertandingan mewarna, bengkel fotografi untuk usahawan dan lain-lain. Terima kasih kepada semua komuniti yang telah memeriahkan program ini. 

Aktiviti

Pihak Paynet memberi keterangan mengenai pembayaran tanpa tunai (cashless). Miv Felda Soeharto memberi kesedaran mengenai klik dengan bijak. Bengkel fotografi yang diketuai oleh rakan digital memberi penerangan mengenai bagaimana hendak mengambil dengan betul dan cantik. Akhir sekali, pertandingan mewarna oleh bdak-budak bawah 6 tahun.

Galeri Foto

Tarikh : 22 Disember 2022

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Sesi webinar ini adalah anjuran PeDAS dan pensyarah UTHM. Webinar ini mengenai tips dan tricks live steraming. Live streaming boleh digunakan dalam beberapa aplikasi sebagai contoh obs studio. Pensyarah membentangkan tips dan kaedah yang betul ketika seseorang menggunakan live streaming. 

Aktiviti

Pengajar memberi tips untuk menggunakan live streaming dengan betul. Selain itu, pengajar mengajar cara menggunakan live streaming dari awal sehingga penutup dengan menggunakan aplikasi obs studio.

Galeri Foto

Tarikh : 13 Disember 2022

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk mengetahui cara memasarkan produk dengan strategik di shopee menggunakan alat penjual di pusat jualan. Selain itu, mempelajari cara memaksimumkan keterlihatan produk anda melalui Kempen Shopee dan Iklan Shopee. Untuk mempelajari cara membawatrafik luar ke kedai shopee menggunakan pengoptimuman enjin carian.

Aktiviti

Pengajar mengajar cara memasarkan produk secara strategik , memaksimumkan keterlihatan produk dan cara membawa trafik luar menggunakan pengoptimuman enjin carian.

Galeri Foto

 

Tarikh : 16 Disember 2022

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Sesi webinar ini diadakan untuk membantu peniaga berniaga dalam platform Yezza. Yezza.io merupakan Platform Whatssapp Commerce yang pertama di Malaysia. Whatssapp commerce Yezza ni lebih kurang seperti Lazada dan Shoppe tetapi menggunakan whatssap. Kumpulan Yezza membantu para peniaga berniaga di platform ini untuk memudahkan peniaga menggunakan patform mereka. Mereka juga menerangkan kepentingan menggunakan platform yezza ini.

Aktiviti

Pengajar mengajar cara memasarkan produk di platform yezza. pengajar menerangkan kepentingan menggunakan platform tersebut untuk peniga dan mengajar langkah-langkah menggunakannya.

Galeri Foto

Tarikh : 9 Disember 2022

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Dewasa

 

Tujuan

Sesi webinar ini dijalankan untuk membentangkan topik berkaitan penggunaan dan keselamatan tandatangan digital serta peranan agensi dalam meningkatkan penggunaan tandatangan digital di sektor awam. Agensi yang terlibat dalam webinar ini adalah dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Syarikat Rafftech.

Aktiviti

Sesi webinar ini dibentangkan oleh ahli panel jemputan. Ahli panel jemputan menerangkan mengenai kepentingan tandatangan digital di sektor awam.

Galeri Foto