Tarikh : 05 Jun 2023

Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Sekolah

 

Tujuan

Memudahkan para pelajar untuk ulangkaji pelajaran dan menggalakkan pelajar memilih PEDi sebagai platform pembelajaran. Pada hari ini, pelajar belajar bagaimana cara menyambungkan perkataan dalam jawi. Seterusnya, program E-Stem adalah merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginering dan Matematik. Istilah ini biasanya digunakan bagi menunjukkan dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang pembangunan teknologi. Selain daripada itu, pelajar ini didedahkan dengan Klik Dengan Bijak mengenai penyamaran tipu panggilan (macau scam).

Aktiviti

Mencari maklumat di laman web yang betul berkaitan subjek pilihan minggu ini. Aktiviti perbincangan di dalam kumpulan dan sesi soal jawab bersama rakan-rakan untuk mengukuhkan ilmu pengetahuan. Mereka menjawab kuiz mengenai klik dengan bijak. Seterusnya, pengajar mendedahkan pelajar dengan klik dengan bijak mengenai pemyamaran tipu panggilan (macau sacam)

Galeri Foto

Tarikh : 02 Jun 2023

Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Lepasan SPM

 

Tujuan

Kelas asas komputer ditujukan untuk semua golongan. Untuk kali ini, kelas diadakan untuk pelajar lepasan SPM. Banyak yang mereka pelajari dalam kelas ini antaranya mengenali apa itu microsoft excel dan fungsinya. Pelajar belajar mengenai fungsi yang ada di dalam microsoft excel. Data yang perlu mereka buat adalah data mengenai usahawan yang berada di sekeliling kampung. Mereka perlu mengetahui bagaimana ingin membuat penambahan, pendaraban dan lain-lain fungsi yang ada. Seterusnya, mereka didedahkan dengan soft skill mengenai tips menjadi seorang pemimpin yang baik. Selain daripada itu, mereka didedahkan dengan sebenarnya.my tidak pasti jangan kongsi.

Aktiviti

Pengajar memberikan pengenalan mengenai microsoft excel dan fungsinya sekali. Pelajar diberi latihan mencipta data mengenai usahawan yang berada di sekeliling kampung dan perlu membuat pengiraan menggunakan fungsi yang ada di dalam microsoft excel. Seterusnya, pengajar membuka satu video di youtube mengenai tips menjadi seorang pemimpin yang baik. Selain daripada itu, pengajar memberi arahan untuk mereka membuka Sebenarnya.my tidak pasti jangan dikongsi.

Galeri Foto

Tarikh : 15 Mei 2023

Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Lepasan SPM

 

Tujuan

Kelas asas komputer ditujukan untuk semua golongan. Untuk kali ini, kelas diadakan untuk pelajar lepasan SPM. Banyak yang mereka pelajari dalam kelas ini antaranya mengenali apa itu microsoft word dan fungsinya. Pelajar belajar membuat risalah mengenai hadiah menggunakan microsoft word.

Aktiviti

Pengajar memberikan pengenalan mengenai microsoft word dan fungsinya sekali. Pelajar diberi latihan mengenai risalah hadiah dalam microsoft word.

Galeri Foto

 

Tarikh : 01 Jun 2023

Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Lepasan SPM

 

Tujuan

Kelas asas komputer ditujukan untuk semua golongan. Untuk kali ini, kelas diadakan untuk pelajar lepasan SPM. Banyak yang mereka pelajari dalam kelas ini antaranya mengenali apa itu microsoft excel dan fungsinya. Pelajar belajar mencipta data di dalam microsoft excel. Data yang perlu mereka buat adalah data mengenai usahawan yang berada di sekeliling kampung. Selain daripada itu, mereka juga didedahkan dengan klik dengan bijak mengenai penipuan dalam talian.

Aktiviti

Pengajar memberikan pengenalan mengenai microsoft excel dan fungsinya sekali. Pelajar diberi latihan mencipta data mengenai usahawan yang berada di sekeliling kampung. Selain daripada itu, pengajar memberi arahan untuk mereka membuka klik dengan bijak mengenai penipuan dalam talian.

Galeri Foto

 

Tarikh : 10 Mei 2023

Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar Lepasan SPM

 

Tujuan

Kelas asas komputer ditujukan untuk semua golongan. Untuk kali ini, kelas diadakan untuk pelajar lepasan SPM. Banyak yang mereka pelajari dalam kelas ini antaranya mengenali apa itu internet dan cara menggunakan emel dengan betul. Pelajar diberi tugasan untuk mencipta satu karangan pendek mengenai apa yang perlu dibuat selepas habis SPM. Setelah itu, pelajar belajar bagaimana ingin menghantar emel kepada orang lain.

Aktiviti

Pengajar memberikan pengenalan mengenai cara penggunaan internet dan emel. Pelajar diberi latihan mengenai aktiviti sepelas habis SPM dan perlu menghantar melalui emel.

Galeri Foto