Tarikh : 6 Disember 2022

Masa : 3.00 petang - 5.30 petang

Tempat : Pusat Ekonomi Digital Felda Soeharto

Peserta : Pelajar SRA Kampung Soeharto

 

Tujuan

Program ini diadakan bersama pelajar tahun 6 SRA Kampung Soeharto. Program yang dijalankan adalah kelas ICT, tayangan video dan Klik Dengan Bijak. Sesi pertama adalah klik dengan bijak. Setiap pelajar perlu menonton video mengenai buli siber dan sexual grooming. Setelah itu, mereka perlu menjawab soalan klik dengan bijak yang telah disediakan oleh pengajar. Setelah selesai, mereka diberi arahan untuk kelas ICT pula. Kelas ICT yang disediakan adalah latihan jawi, ejawi converter dan kuiz khat. Sesi terakhir adalah tayangan video. Tayangan video mengenai kisah para nabi yang terdahulu.

Aktiviti

Sesi pertama pengajar perlu memberi keterangan mengenai klik dengan bijak dan memberi soalan kepada pelajar. Sesi kedua, pengajar memberi latihan ICT kepada setiap pelajar dan sesi terakhir adalah tayangan video kepada setiap pelajar.

Galeri Foto